Didakwa guna modus operandi yang sama, identiti ‘Tan Sri’ yang disebut jemaah haji akhirnya terbongkar

Didakwa guna modus operandi yang sama, identiti ‘Tan Sri’ yang disebut jemaah haji akhirnya terbongkar

 

UC Travel SDN BHD satu company yang di bawahnya ada agent agent yang mempromosikan pakej haji daripada company UC Travel SDN BHD.

Harga berbeza beza, ada yang satu kepala 16K, 29K, 35K, 40K, 45K.

Tapi paling ramai directly dengan UC Travel SDN BHD and buat fully payment.

Bila mana CEO UC Travel SDN BHD ditangkap, hp nya dirampas, segala bukti chat perbualan antara Haji Agus & Dato Ain (funder) ni kantoi berpakat ”Scam“ duit para jemaah haji, jumlah anggaran kerugian 22juta, dan sebenar benar nya proses Visa Furada para jemaah haji selama ini langsung tidak pernah berlaku.

Passport 4++ para jemaah haji dipulangkan anggaran jam 1.45 pagi, 8.7.2022 di hantar melalui lalamove rider ke Polis KLIA, and kalau kita buka Passport nya memang langsung tak ada kesan di buka untuk di uruskan visa.

Peluang untuk mendapat kan duit kembali sangat tipis, andai tertangkap peluang untuk lepas sangat tinggi sebab nya Dato Ain ni ”SCAMMER“ paling besar berulang kali modus operandi yang sama, tertangkap & lepas, kes kebanyakkan jenayah komersial.

Manusia yang paling kejam, wanita yang menggunakan nama terkini ”Tan Sri“ aka Dato Ain.

Hari Jumaat yang mulia ini, moga Dato Ain mendapat balasan yang berat daripada Allah SWT.

Para Jemaah ni bukan dalam kalangan orang2 kaya, ada yang meminjam, bergolok bergadai, keluarkan segala simpanan, korban harta, jiwa, masa & tenaga.

Ada jemaah yang bersidai daripada hari Sabtu sampai pagi tadi 8.7.2022 Moga Allah SWT terima mereka semua sebagai tetamu nya kerana niat mereka semua.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kasihi mereka para jemaah semua, angkat la doa doa mereka, berilah pengadilan buat ibu ayah, pak cik makcik kakak abang ini, lapangkan dada mereka, permudahkan urusan kehidupan mereka, limpahi mereka rezeki yang melimpah ruah selepas ini, gantikan rezeki yg lebih berganda, rezeki yg lebih baik, pilih la mereka lagi Ya Allah menjadi tetamu mu, jadikan mereka tetamu haji mabrur, Aamiin Aamiin aamin ya rabbal alaamiin Ya mujib  😭

Akak Gojes