Didakwa enggan beri kerjasama kes culik anak, ini penjelasan Lufya Omar

Didakwa enggan beri kerjasama kes culik anak, ini penjelasan Lufya Omar

 

Baru-baru ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memberitahu, pihaknya masih belum merakam keterangan pelakon Lufya Omar berkenaan kes anak perempuannya, Laana Haura yang nyaris diculik.

Mengundang tohmahan & salah faham

Gara-gara kenyataan itu, Lufya tampil menyangkal dakwaan dia enggan memberi kerjasama terhadap siasatan polis di Instagram Stories, pada Jumaat.

Kata Lufya, dia memilih untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu ada campur tangan dari mana-mana pihak dan mendedahkan kelemahan yang berlaku.

Tegas pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar, masalah teknikal yang menjadi penyebab proses itu tertangguh.

Menerusi tangkapan skrin (screenshot) dengan pegawai bertugas, Lufya mendedahkan dia dimaklumkan mesin fotofit masih dalam proses pembaikan dan pada 2 Julai lalu dia diminta untuk menyerahkan laporan perubatan.

Meraih perhatian?

Dalam pada itu, pelakon drama Umairah kesal dengan tuduhan segelintir netizen yang mengatakan dia sengaja mencipta kontroversi demi meraih populariti dan perhatian.

Saya mencari rezeki dengan wajah. Tak mungkin nak toreh muka sendiri untuk tujuan meraih meraih perhatian? Tidak mungkin juga saya mahu sembunyikan jenayah bekas suami jika dia terlibat dalam kes ini.

Saya berasa amat kecewa, sedih dan mengganggu emosi untuk bekerja. Saya seorang ibu tunggal yang mempunyai banyak komitmen dan semestinya saya yang menjaga anak perempuan saya.

Pada Julai lalu, Lufya mendedahkan dia diserang lelaki Melayu ketika menemani perempuannya ke taman permainan pada sebelah petang. Dakwa Lufya, akibat kesan pukulan kayu, dia mengalami kecederaan di bahagian wajah dan badan.

Untuk rekod, Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia empat tahun.

Bagaimanapun Lufya dan Hafiz yang merupakan seorang doktor bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.