Didakwa cuba permainkan perasaan wanita OKU demi konten & marketing, Zoey Rahman tampil buka mulut

Didakwa cuba permainkan perasaan wanita OKU demi konten & marketing, Zoey Rahman tampil buka mulut

 

Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon dan usahawan Zoey Rahman, pasti akan sedar yang dia akan selalu mengadakan sesi live bersama seorang lagi TikToker yang dikenali sebagai Mass Factor.

Jadi, tindakan itu telah mengundang kecaman, namun Zoey menyifatkan bahawa ia bukanlah bertujuan untuk memperomosikan produk kosmetik keluaran syarikat miliknya.

Jelas Zoey lagi, dia begitu ikhlas untuk bantu Mass Factor yang merupakan individu kurang upaya (OKU) dan hanya sekadar hiburan untuk pengikut di media sosial.

“Tiada niat pun saya nak buat marketing produk dengan mempergunakan Mass. Saya sering tengok TikTok dia sebelum ini dan tahu dia seorang yang suka bersolek. Jadi saya hanya mahu sokong hobinya.”

“Saya sendiri sudah hantar set alat solek untuk dia. Bukan sahaja jenama sendiri malah ada jenama lain untuk lengkapkan apa yang dia tidak ada.”

“Saya tak perlukan marketing sebegitu atau buat drama untuk lariskan produk. Kami sama-sama buat live di TikTok untuk hiburkan pengikut sahaja.”

Kenyataan ini diperjelaskan setelah timbul dakwaan yang konon mengatakan bahawa dia sengaja nak mempersendakan perasaan Mass selepas wanita dari Singapura itu ada meluahkan hasrat untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius.

“Selepas dia meluahkan perasaan mahu menjadi lebih dari kawan, saya sudah cakapkan supaya jangan terburu-buru sebab kami baru sahaja kenal.”

“Ramai yang kecam dan anggap saya mempermainkan dia. Timbul pula golongan yang menyokong dia. Saya rasa perkara ini tidak bagus. Kalau mereka yang mengikuti kami dari awal akan faham hiburan yang ingin disampaikan.”

Selain itu, Zoey juga ada memberitahu yang dia bakal bersemuka dengan Mass buat pertama kali pada Mac nanti dalam sebuah acara selain memuji kebolehan yang ada pada Mass Factor.

@heyitsfatam

Korang stay sampai habis ke episode 8 malam smlm ? 🤣🤣🤣 @Zoeyrahman @Mass Factorz 🫶🏻🫶🏻 #fyp

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)