Dibangunkan dengan kos RM520 juta, ini video terkini keadaan Taman Tema MAPS Ipoh

Dibangunkan dengan kos RM520 juta, ini video terkini keadaan Taman Tema MAPS Ipoh

 

Mungkin ada antara korang yang tidak tahu bahawa terdapat sebuah taman tema animasi pertama di Asia yang terletak di Ipoh, Perak iaitu Movie Animation Park Studio (Maps).

Dengan kos sebanyak RM520 juta, ia mula beroperasi pada tahun 2017 dan hanya mampu bertahan sehingga 2020 jer dipercayai kerana mengalami kerugian dan tidak lagi dapat dibendung.

Menurut satu video yang dimuatnaik di Youtube, naemJD berkongsi keadaan terkini MAPS Ipoh yang terbiar sejak ia tidak lagi beroperasi dan kelihatan sangat suram.

Sedih pula tengok keadaannya sekarang ni, dahlah kos nak bina pun besar!

Korang pernah pergi taman tema ni tak sebelum ni dan apa pandangan korang dengan keadaan sekarang ni?