“Dia tengah shooting” – Kekasih gelap Aliff Aziz dedah diri, ibu dakwa Bella Astillah masih tak tahu

“Dia tengah shooting” – Kekasih gelap Aliff Aziz dedah diri,  ibu dakwa Bella Astillah masih tak tahu

 

Ibu kepada pelakon Bella Astillah iaitu Siti Zarina Astillah menjelaskan bahawa anaknya itu tidak tahu kewujudan wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine ini.

Sebuah portal hiburan melaporkan bahawa aktres tersebut juga masih belum mengetahui pendedahan yang dibuat oleh wanita itu pagi tadi.

“Isu apa itu? Dia (Bella) tidak tahu apa-apa fasal itu (pendedahan kekasih Aliff Aziz). Dia tengah shooting.”

Baru-baru ini, seorang wanita dari Singapura dikatakan kekasih gelap kepada Aliff Aziz dan dia mendakwa sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Wanita tersebut mendakwa bahawa pendedahan itu dibuat selepas melihat Aliff dikecam teruk susulan dengan kes ditangkap berkhalwat dengan aktres, Ruhainies pada Mac lalu.

Dalam pendedahan itu, wanita tersebut dakwa bahawa pelakon wanita tersebut telah menghasut Aliff untuk menjatuhkan Bella dan menegaskan bahawa dia mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.