“Dia tak kedekut,” Adik akhirnya dedah 5 sikap Fathia Latiff yang ramai tak tahu

“Dia tak kedekut,” Adik akhirnya dedah 5 sikap Fathia Latiff yang ramai tak tahu

 

Siapa tidak kenal dengan aktres cantik dan berbakat besar, Nur Fathia Latiff yang terkenal dengan lakonannya dalam drama popular, Ariana Rose dan Gracias Barcelona.

Hijabista berpeluang bertemu dengan salah seorang adik kepada Fathia Latiff dalam satu sesi fotografi.

Dr Fasiha Latiff yang kini berusia 29 tahun bertugas sebagai doktor perubatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Cantik persis kakaknya, beauty with brain pula tu. Beberapa tahun lalu, foto graduasinya pernah tular di media sosial.

Seperti yang kita tahu, Fathia Latiff antara aktres Malaysia yang mempunyai adik beradik perempuan cantik dan bekerjaya hebat.

“Kak Fathia kini rancak menguruskan bisnesnya sendiri. Hatinya juga masih belum dimiliki kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap karier,” kongsi Dr Fasiha.

Berikut 5 keistimewaan Fathia Latiff yang dikongsi oleh adiknya ini:-

TAK KEDEKUT

“Dia memang seorang yang pemurah dan tidak kedekut langsung dengan keluarga. Bila-bila masa saja kalau dia pergi shopping, mesti adik beradik dapat pemberian darinya termasuklah parent.”

AMBIL BERAT

“Dia juga sangat ambil berat dengan adik beradik. Setiap hari dia akan tanya khabar kami dalam Whatsapp group. Tanya kami OK ke tidak dan sebagainya. Dia akan berkomunikasi dengan kami setiap hari.”

KELAKAR

“Dia juga sangat suka berjenaka. A very happy go lucky person, boleh bergelak ketawa bersama-sama.”

SUKA MAKAN
“Kalau nak tahu, kakak saya ini seorang yang suka makan. Dia suka mencuba semua jenis makanan. Selalunya dia akan cuba sedikit sahaja dan selebihnya dia akan kongsi dengan kami semua.”

BERJIWA SENI

“Dia seorang yang artistik. Ada sebuah piano di rumah di mana dia akan main setiap hari. Yang bestnya, dia tidak pernah masuk sebarang kelas piano pun tetapi tahu cara-cara nak bermain piano. Dia belajar sendiri saja.”

Untuk info, Dr Fasiha merupakan isteri kepada Dr Hazheem. Mereka bergelar suami isteri pada 19 September 2021 dan mengikat tali pertunangan pada Januari 2021.