“Dia sopan-santun & lemah-lembut” – Jadi pendiam selepas kontroversi, sahabat baik dedah perangai sebenar Ruhainies

“Dia sopan-santun & lemah-lembut” – Jadi pendiam selepas kontroversi, sahabat baik dedah perangai sebenar Ruhainies

 

Dua sahabat baik kepada Ruhainies yang dikenali sebagai Zahar dan Fyzal menyatakan aktres itu berada dalam keadaan baik selepas kontroversi didakwa bersekedudukan dengan penyanyi dan aktor, Aliff Aziz.

Bagaimanapun, menurut OhBulan, Zahar berkata perwatakan Ruhainies nampak berbeza apabila lebih banyak mendiamkan diri.

Kata Zahar, sebagai kawan rapat dia menasihati pelakon berumur 32 tahun itu agar tidak membaca komen-komen netizen di media sosial.

Keadaan dia baik-baik sahaja dia masih bekerja seperti biasa. Tetapi dia kini lebih banyak berdiam.

Kami sebagai rakan juga menasihati dia tidak membaca dan menutup ruangan komen di sosial media. Bagaimanapun dia tahu perkembangan berlaku.

Di pihak kami, memang sedikit tertekan membaca komen-komen kecaman di media sosial.

Tambah Zahar yang sudah sembilan tahun berkawan dengan pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, dia yakin aktres itu tidak akan melakukan kegiatan tidak senonoh seperti yang didakwa.

Kami dapat tahu pada sebelah siang hari Sabtu. Kami juga terkejut. Kami tidak mahu komen tentang kejadian itu kerana tiada di lokasi.

Tak mungkin Ruhainies berbuat begitu. Dia seorang yang baik, sopan-santun dan lemah-lembut. Dia bukan jenis begitu seperti yang dikatakan.

Sementara itu, Fyzal menegaskan dia dan Zahar bukan pembantu peribadi (PA) yang diperkatakan netizen tidak bersama dengan Ruhainies dan Aliff pada malam kejadian.

Sebaliknya, ada seorang lagi individu yang sepatutnya menemani Ruhainies ketika itu namun pulang ke rumah sebentar untuk mengambil pakaian.

Saya dan Zahar tiada di tempat kejadian. Ada orang lain yang bersama dia malam itu.

Dia (PA Ruhainies) pulang ke rumah untuk mengambil pakaian.

Terdahulu, media melaporkan pasangan selebriti telah ditangkap bersekedudukan di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota, pada 8 Mac lalu.

Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.

Aliff dan Ruhanies dilaporkan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

Kemudian, pada Isnin, Bella telah menfailkan penceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebutan kali pertama telah berlangsung pada Rabu.

Namun, kelibat Aliff tidak kelihatan dan alasan diberikan kerana sedang menjalani penggambaran drama siri Terjerat.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.