“Dia punya sembang…” – Youtuber persoal RichWorks! claim lahir jutawan, cabar jumpa depan-depan

“Dia punya sembang…” – Youtuber persoal RichWorks! claim lahir jutawan, cabar jumpa depan-depan

 

Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, seorang ‘youtuber’ menerusi saluran Jebat Derhaka persoalkan ‘billboard’ RichWorks yang terpampang di beberapa kawasan lebuh raya utama, baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi kurang tiga minit dengan tajuk 375 Jebat Derhaka, RichwOrks Sk1m Cepat K4ya? Biar Betul? itu, individu berkenaan seolah-olah menyampah dengan papan tanda berkenaan.

“Dia ni lagi? Tak habis-habis signboard dia ni, poyo gila. Korang tahu tak billboard ni, RichWorks di sini lahirnya usahawan-usahawan dan jutawan. Pergh dia punya sembang, aku pelik la,” persoal individu terbabit.

Video yang dimuat naik pada Hari Raya Pertama itu mendapat perhatian netizen yang turut sama berkongsi pandangan sejurus melihat billboard RichWorks ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

“Aku nak tanya, ko claim semua itu mana buktinya? Aku nak tahu dia buat apa! Aku nak berjaya dalam bisnes, nak ada simpanan RM1 juta, 10 tahun struggle,” katanya lagi.

Soal YouTuber itu lagi, sekiranya dia melahirkan usahawan berstatus jutawan, siapa pula pengasas RichWorks ini, adakah dia ‘bapa’ jutawan?

“Jadi aku nak kenal la kalau boleh, nak tahu dia ni buat apa, produk apa, pengasas dia siapa.

“Nak jumpa dia. Nak tengok dia handsome ke, atau aku lagi handsome. Aduh… orang sibuk nak balik raya, dia sembang macam mana nak jadi kaya.

”Apa ni tunggu lepas rayalah,” katanya yang pelik sama ada RichWorks ini seperti skim cepat kaya atau sebaliknya.

Jebat bagaimanapun menjelaskan, dia bangkit persoalkan hal tersebut kerana ada mendakwa ia menjadi tempat lahirnya usahawan jutawan.

“Ingat senang ke nak buat bisnes jadi jutawan ni? Kalau senang, mesti dah ramai yang buat bisnes ni jadi jutawan. Aku pun nak pergi belajar kalau betul la.

“Kalau betul, mana bukti claim yang RichWorks ada,” katanya lagi yang turut memuat naik video sama di platform Tik Tok.