“Dia nak Farah, tapi..” – Rakan tampil bersuara, dedah suspek bukan kekasih Nur Farah Kartini

Seorang penjawat awam yang dipercayai terlibat dengan pemergian pilu Nur Farah Kartini telah pun dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor dan dikenakan tindakan reman selama 7 hari bagi membantu siasatan.
Motif di sebalik jenayah berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Sejak semalam, berita hanya melaporkan bahawa suspek merupakan seorang penjawat awam di mana profesion atau bidang pekerjaan yang sebenar belum didedahkan secara terperinci.
Hari ini, pihak polis telah pun mengeluarkan pengesahan terbaru bahawa lelaki berusia 26 tahun itu merupakan taman lelaki kepada Allahyarhamah Nur Farah Kartini.
Walau bagaimanapun, perkara itu disanggah sekeras-kerasnya oleh kenalan terdekat Farah sendiri.
Menurut beberapa hantaran yang beredar di aplikasi X @Puteri Zaira, mereka menegaskan bahawa suspek bukanlah teman istimewa Allahyarhamah seperti ditulis dalam beberapa berita.
Sebaliknya, situasi mereka berdua umpama cinta bertepuk sebelah tangan.
Mereka turut berkata suspek ada menyimpan perasaan kepada Farah, namun Farah tidak mempunyai perasaan yang sama terhadap lelaki terbabit.
Terdahulu, Farah dilaporkan hilang pada hari Rabu ketika menghantar kenderaan sewa sebelum ditemui semalam di kebun sawit sebuah kawasan felda.