“Dia memang cantik & sangat alim” – Che Ta dedah pelakon wanita popular berpewatakan alim ambil barang terlarang

“Dia memang cantik & sangat alim” – Che Ta dedah pelakon wanita popular berpewatakan alim ambil barang terlarang

 

Pelakon Rozita Che Wan menerusi TikTok ada mendedahkan bahawa ada seorang pelakon wanita popular didakwa mengambil ‘barang terlarang’.

Dalam video tersebut, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta itu memaklumkan bahawa aktres itu seorang yang berperwatakan alim dan baik namun menghasut artis-artis baru untuk menggunakan barang terlarang tersebut.

Baru-baru ini saya dengar ada artis popular ni memang cantik, kalau you all tengok memang sangat alim, sopan dan lemah lembut tapi dia ambil barang terlarang.

Dia ambil barang terlarang tu tak salah itu masalah dia tapi bila dia berlakon dengan artis perempuan yang baru dia seolah-olah macam menghasut artis itu.

Ujarnya lagi, artis wanita itu tidak perlu menghasut pelakon baru yang lain selain menasihatkan muka-muka baru dalam dunia hiburan untuk tidak mudah terpengaruh dan berpegang pada prinsip hidup.

Artis-artis yang baru berlakon kena tahu hala tuju dan tahu apa yang you buat. Benda salah tetap salah takut benda tak elok terpalit dekat kita dan tercalar imej.

Perkongsian tersebut telah mengundang spekulasi dan pertanyaan dalam kalangan netizen tentang siapakah pelakon wanita yang dimaksudkan Rozita Che Wan itu.