“Dia letak kawan kat rumah untuk ganti dia”, Abby Abadi dedah kronologi pernikahan Marissa di Thailand

“Dia letak kawan kat rumah untuk ganti dia”, Abby Abadi dedah kronologi pernikahan Marissa di Thailand

 

Selebriti, Abby Abadi akui Marissa-Aslam nikah di Thailand dan sempat menceritakan kronologi kejadian tersebut sewaktu ditemu bual.

Memetik laporan dari Astro Gempak, Abby Abadi mengatakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah telah memberi petunjuk bahawa anaknya, Marissa Dania Hakim ‘hilang’ dan apabila disedari ternyata remaja terbabit sudah berada di Thailand.

“Melalui CCTV. Saya pelik kawan anak saya (Marissa) keluar dari rumah tanpa pengetahuan saya pada hari kejadian. Hari Marissa dan Aslam menikah.

“Tapi saya tahu pun sudah lambat. Saya dapat kesan mereka di Thailand atas bantuan rakan polis. Saya beri maklumat dan mereka bantu jejak, tahu-tahu sudah di Thailand.

“Saya hubungi anak tetapi tidak dapat mungkin telefon bimbit ditutup.

“Saya mengharapkan benda tidak berlaku, tapi berlaku. Saya cuba menidakkan ia tak sah tapi siapalah saya kalau sudah Allah kata itu yang terbaik untuk mereka,” ujar Abby pasrah.

Walaupun sehingga ke hari ini Marissa dan Mohd Aslam belum lagi memberi kenyataan rasmi berhubung status mereka, namun Abby Abadi akui Marissa-Aslam nikah di Thailand namun belum dapat disahkan adakah pasangan berkenaan telah mendaftarkannya di Malaysia.

“Saya memperakui Marissa dan Aslam menikah di Thailand. Sijil nikah mereka ada pada saya.

“Cuma saya mahu mereka selesaikan isu ini. Daftar pernikahan di Malaysia, sahkan ia kerana kita tinggal di Malaysia.

“Saya bimbang pernikahan di Thailand sah atau tidak sebab itu saya minta mereka daftar pernikahan di sini,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Arbaiyah Abdul Manan memaklumkan yang dia tidak begitu mengenali peribadi Mohd Aslam tetapi reda jika pernikahan tersebut sudah terjadi.

“Kalau anak saya memilih untuk dia hidup bermadu, teruskan,” luahnya ringkas.

Terdahulu, dakwaan Marissa Dania, 19 telah bernikah dengan individu dikenali sebagai Aslam menjadi perhatian ramai apabila kakak ipar kepada lelaki terbabit mengesahkan hal berkenaan.

Difahamkan, Aslam yang merupakan suami orang dipercayai telah menikahi Marissa di Thailand pada hujung tahun lalu sewaktu isteri pertamanya berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.