“Dia hantar tapi aku tak buat kerja” – Tak jadi seram, wanita dirasuk jin sedap kutuk tuan sendiri

“Dia hantar tapi aku tak buat kerja” – Tak jadi seram, wanita dirasuk jin sedap kutuk tuan sendiri

 

Apabila seseorang dirasuk, para pengubat mempunyai cara mereka sendiri untuk ‘memujuk’ jin keluar dari badan.

Biasanya situasi akan menjadi tegang kerana berlaku pertengkaran di antara ustaz serta individu yang terkena gangguan.

Adakalanya mereka mengilai panjang atau memuntahkan benda pelik sehingga mencetuskan rasa seram.

Bijak dia ni, sebab tu aku suka dia

Akan tetapi, apa yang terjadi dalam video tular di TikTok ini cukup berbeza sekali. Dalam rakaman video berdurasi 1:52 minit itu, seorang wanita dipercayai sedang berubat dengan ustaz namun jin yang merasuknya malah berbual panjang dengan nada suara lucu.

[VIDEO] Tak Jadi Seram, Wanita Dirasuk Berubat & Jin Sedap Kutuk Tuan Sendiri 2

Kau suruh aku keluar apahal?…Dia hantar aku buat kerja, tapi aku tak buat kerja

Dalam perbualan di antara mereka berdua, jin tersebut kononnya berkata tidak tahu wanita yang dirasuknya sudah pun berkahwin. Selain itu, dia juga berani menggelar tuannya yang menyuruh membuat kerja terkutuk itu sebagai kurang cerdik sebanyak beberapa kali.

@eddykayusof3

#eddykayusof #fyppppppppppppppppppppppp #halausetan #fyppppppppppppppppppppppp #ekpusatrawatanislam #fyp #fypシ #fypp #fyp

♬ bunyi asal – EDDYKAYUSOF3 – EDDYKAYUSOF3

Jin ni kalau masuk ‘Raja Lawak’ mesti menang…Dok menganjing tuan dia & ajak membawang

Berbeza dengan gangguan histeria yang biasanya sangat menakutkan, kedengaran ustaz pengubat juga ketawa besar melayan perbualan itu. Netizen malahan menyifatkan situasi mereka tak ubah seperti sedang ‘membawang’ dan sangat terhibur dengan sesi live tersebut.

[VIDEO] Tak Jadi Seram, Wanita Dirasuk Berubat & Jin Sedap Kutuk Tuan Sendiri 3

[VIDEO] Tak Jadi Seram, Wanita Dirasuk Berubat & Jin Sedap Kutuk Tuan Sendiri 4

[VIDEO] Tak Jadi Seram, Wanita Dirasuk Berubat & Jin Sedap Kutuk Tuan Sendiri 5

[VIDEO] Tak Jadi Seram, Wanita Dirasuk Berubat & Jin Sedap Kutuk Tuan Sendiri 6