“Dia culik anak saya bang” – Tular rakaman video cubaan culik kanak-kanak OKU

“Dia culik anak saya bang” – Tular rakaman video cubaan culik kanak-kanak OKU

 

 

SATU video tular didakwa membabitkan kes cubaan culik seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) di Saujana Rawang, Gombak.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 26 saat itu memaparkan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva berwarna kelabu ditahan di tengah jalan.

Dalam rakaman itu juga, menyaksikan beberapa orang awam cuba menenangkan seorang lelaki yang sedang mengamuk untuk memukul pemilik kenderaan terbabit, kerana dipercayai menculik kanak-kanak OKU tersebut.

“Kau buat apa?! Haaa.. Babilah kau ni?, jeritnya.

Manakala, seorang wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu mengakui perkara tersebut, dan dia juga dilihat memukul dan menendang individu berkenaan di dalam kenderaan itu.

“Dia culik anak saya, bang.. OKU,” katanya.

Sementara, media melaporkan, Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Zainal Mohamed Mohamed memaklumkan kes berkenaan dalam siasatan.

Sumber: Malaysiapost