“Tak luak pun badan saya” – Remaja 14 tahun sanggup ‘serah badan’ kepada 31 lelaki demi topup

“Tak luak pun badan saya” – Remaja 14 tahun sanggup ‘serah badan’ kepada 31 lelaki demi topup

 

“Tak luak pun badan saya” – Remaja 14 tahun sanggup ‘serah badan’ kepada 31 lelaki demi topup

Bagi kebanyakan orang, alam remaja merupakan antara fasa yang paling terindah dan banyak memberikan kenangan manis.

Manakan tidak, pada fasa inilah mereka boleh mencuba sesuatu yang baharu dan mendapat sedikit kebebasan berbanding fasa yang sebelumnya.

Namun jika tersilap langkah, ia boleh memberi kesan yang tidak baik kepada individu itu sendiri.

Kadang kala, walaupun ibu bapa telah memberi didikan yang sempurna, ada segelintir remaja boleh tersesat jauh atas faktor lain seperti pengaruh rakan sebaya atau keadaan sekeliling.

Baru-baru ini, tular di media sosial pendedahan yang mengejutkan oleh seorang Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustazah Nazirah Abu Bakar tentang sikap seorang remaja bawah umur.

Beliau mendedahkan perkara itu dalam satu temu bual audio siar (podcast) yang dikongsikan di Facebook Mingguan Wanita ketika ditanyakan kes di bawah pengendaliannya yang masih tidak dapat dilupakan sehingga kini.

Menerusi perkongsian tersebut, antara kes yang paling tidak masuk akal yang pernah dikendalikannya adalah remaja 14 tahun sanggup menjual diri hanya kerana tambah nilai (topup) telefon.

Lebih mengejutkan, remaja itu didakwa telah menjual diri kepada 31 orang lelaki semata-mata mahu memenuhi kemahuannya itu.

“Saya tanya ‘apa benda yang orang lelaki ini buat sampai awak tergamak serah badan awak’.

“Dia kata ‘ustazah, kalau orang lelaki boleh beli topup untuk saya, tak luak pun badan saya’.

“Ya Allah, 14 tahun boleh cakap macam itu. Apa perasaan emak ayah dia, dia fikir apa cakap macam tu,” kongsinya lagi.

Difahamkan, remaja berkenaan merupakan peserta yang paling muda sewaktu beliau terlibat dengan program 14 hari di sebuah sekolah yang menempatkan pelajar bermasalah.

Dedah Ustazah Nazirah lagi, remaja berkenaan ditempatkan di sekolah tersebut kerana tiga kesalahan.

Kesalahan pertama yang dilakukan adalah kerana lari dari rumah manakala kesalahan kedua kerana berzina. Kesalahan ketiga pula adalah memukul ibunya.

Difahamkan, remaja berkenaan tergamak memukul si ibu bahkan pernah membaling lesung batu terhadap insan yang melahirkannya itu.

Malah, dia dikatakan bertindak demikian kerana sering melihat bapa memukul ibunya itu.

“Yang ini (anak pukul emak) saya tak boleh brain. Dia pukul emak dia kerana sering lihat ayah dia pukul emak dia.

“Cuba teka, dalam banyak-banyak barang, dia pukul emak dia dengan apa? Dia ambil lesung batu baling dekat emak dia.

“Kita bila tengok menggeletar tangan, ya tuhan ada anak yang kita lahirkan dengan penuh kesakitan tergamak baling lesung batu,” ceritanya lagi.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa takut dan sedih dengan situasi tersebut.

Bagi mereka, situasi sebegitu amat menakutkan dan hanya mampu berserah kepada Allah SWT untuk dilindungi dari perkara sedemikian.

Pada masa yang sama, ada juga yang berpendapat didikan ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorak keperibadian anak-anak.