“Demi FYP sanggup rosakkan perniagaan orang kita sendiri” – Kieda Crepe

“Demi FYP sanggup rosakkan perniagaan orang kita sendiri” – Kieda Crepe

 

Demi konten dan meraih perhatian, usahawan dan pempengaruh, Kieda Crepe mendakwa ada pihak yang cuba menjatuhkan perniagannya.

Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra, 26, mendakwa, pihak tersebut merupakan peniaga dan usahawan yang sama-sama mencari rezeki sepertinya.

Demi #fyp sanggup rosakkan perniagaan orang kita sendiri sedangkan kebanyakkan semua orang berniaga juga.

Kieda berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok miliknya.

Dalam pada itu, Kieda berkata, dia kekal dengan pendirian dan caranya berniaga biarpun ada cakap-cakap nakal yang dilontarkan segelintir pihak.

Cakap la apa pun, saya tetap dengan cara saya. Naiklah tanpa memburukkan orang demi tunjuk baik kita.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan kata-kata semangat buat usahawan itu dan memintanya untuk menghiraukan komen negatif.

@kiedacrepepenang

Demi #fyp sanggup rosakkan bisnes orang kita sendiri sedangkan mostly semua orang berniaga juga🫰🏻 #kiedacrepetour🔛 #kiedacrepe @AMY KIEDA MERCHANDISE @KiedaCrepeHouse

♬ DJ TRAP DEK BANSAIK Bass Panjang Horeg Glerrr – RENDI REVOLUTION