Demi cinta, gadis Malaysia sanggup pergi Bangladesh untuk berkahwin

Demi cinta, gadis Malaysia sanggup pergi Bangladesh untuk berkahwin

 

Setiap individu yang bercinta sudah tentu sanggup melakukan apa sahaja demi insan yang tersayang.

Seperti ungkapan ‘lautan api sanggup ku redahi,’ tidak kiralah apa cabaran sekalipun yang perlu ditempuh asalkan kekasih yang disayangi berada dekat dengan mereka semuanya pasti membahagiakan.

Wanita warganegara Malaysia sanggup ke Bangladesh untuk berkahwin

Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh seorang wanita Malaysia ini apabila dia sanggup terbang ke Bangladesh demi mengejar cintanya untuk berkahwin dengan teman lelaki yang berasal Noakhali.

Wanita yang dikenali sebagai Smriti Ayesha Ramasamy berusia 22 tahun telah berkahwin dengan pasangannya Farhad Hossain, 26 yang merupakan penduduk di Chowmuhani.

Berkenalan di Malaysia ketika Farhad bekerja

Menurut sumber kepada keluarga, Farhad sebelum ini telah berkunjung ke Malaysia pada lima tahun lalu untuk bekerja.

Oleh itu, di situlah mereka mula berkenalan sehingga menimbulkan bibit cinta antara mereka.

Sebaik sahaja kontrak bekerja Farhad di syarikat tersebut tamat pada tahun ini dia kemudian kembali ke negaranya.

Namun jarak tidak menghalang mereka untuk terus berhubung dengan Smriti sehinggalah mereka mencapai kata putus untuk berkahwin, lapor Dhaka Tribune.

Selepas bersepakat untuk mendirikan rumah tangga, wanita itu kemudian terbang ke Bangladesh pada 24 Jun lalu dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal Dhaka.