Demi bahagiakan isteri, netizen terharu suami jual bateri lori rosak cari duit buat kejutan

Demi bahagiakan isteri, netizen terharu suami jual bateri lori rosak cari duit buat kejutan

Nak sambut birthday orang tersayang tak perlukan modal yang banyak pun. Hanya perlu effort yang lebih sedikit untuk orang tersebut rasa disayangi dan dihargai.

Tindakan ini dibuktikan oleh seorang pengguna TikTok yang mana dia menjual bateri lori ayahnya untuk dijadikan modal sambut birthday isteri tersayang.

@ngeng2_lomboksugeh

#viraltiktok #fyp #bahagiakanisteri #harijadi #lelakiberani #jangankecam

♬ Cinta Sampai Mati – Kangen Band

Dapat modal hasil jual bateri

Pada awalnya, lelaki ini mencari jalan untuk mendapatkan wang bagi menyambut hari jadi isteri tersayang. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke bengkel dan mencari barang terpakai yang boleh dijual.

2023 ni hidup keras, esok hari jadi bini aku, tak tahu nak hadiahkan apa. Modal tak berapa nak ada.

Setelah sampai di bengkel, dia menjumpai dua bateri lori yang sudah rosak dan mahu menjualnya di kedai kitar semula. Hasil jualan bateri itu, dia mendapat wang sebanyak RM150.

Booking hotel, beli hadiah & barang hiasan

Dia menempah bilik hotel di sekitar tempatnya untuk menjadikan sambutan hari jadi tersebut lebih special. Baki daripada wang tersebut digunakan untuk membeli hadiah dan barang hiasan di kedai serta sepotong kek.

Beberapa barang make up telah dibeli dan diletakkan ke dalam sebuah kotak untuk dijadikan hadiah buat si isteri. Kemudian, bilik hotel yang telah ditempah itu dihiasi dengan beberapa belon dan lampu-lampu kecil.

Rasa macam nak semput. Lama.. ambil masa setengah jam nak siapkan belon-belon ni semua. Nampak simple tapi penat.

Yang penting effort!

Saat yang dinanti-nantikan telah pun tiba apabila malam itu dia membawa isterinya balik pergi ke hotel untuk menyambut hari jadi. Nampak wajah si isteri amat gembira dan tidak sabar menantikan kejutan.

Korang dekat luar sana, benda tu takde apa sangat pun. Simple je tapi effort tu nak tunjukkan yang kita ni lelaki yang betul-betul semangat.

Setelah mereka sampai di bilik hotel, tak lekang senyuman di bibir si isteri ketika melihat bilik yang cantik dihias itu. Dia seolah-olah tidak percaya dengan kejutan yang dibuat oleh suaminya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen kagum memuji effort yang dilakukan oleh lelaki ini.

Birthday 1