Dedah masalah rumah tangga kepada umum, Aisyah terkedu ditegur suami semasa live

Dedah masalah rumah tangga kepada umum, Aisyah terkedu ditegur suami semasa live

Pempengaruh media sosial yang juga merupakan founder terkenal, Aisyah Hijanah teruk dikecam warga Twitter selepas mendedahkan suaminya terkena sihir dan hampir ‘disondol’.

Namun, bukan hal ‘penyondol’ itu yang mendapat kritikan sebaliknya sikap Aisyah yang dilabel tidak matang kerana hidupnya seperti berpaksikan media sosial.

Aisyah merakamkan momen suaminya dalam keadaan sakit dan ketika dirawat di mana menurut warganet perkara rumah tangga sepatutnya menjadi rahsia dan tidak perlu disebarkan.

aisyah

Video yang paling mengundang kritikan adalah ketika Aisyah membuat live di TikTok kerana dia dilihat tidak mengendahkan nasihat suami sebaliknya hanya fokus dengan komen viewers.

Menerusi live itu, Alif dilihat menasihati Aisyah untuk tidak terlalu berkongsikan hal rumah tangga dengan tujuan melindungi keluarga mereka.

Namun, Aisyah berkali-kali mentertawakan dan langsung tidak mempedulikan suaminya di belakang yang sedang bercakap panjang malah ramai memberi komen menyuruhnya untuk end live tersebut.

Sementara itu, ramai pengikut Aisyah di Instagram menasihatinya untuk tidak membuat content dan selalu berkongsi hal rumah tangga di media sosial.