Dedah! Lelaki ini dakwa kilang non-essential dapat kelulusan MITI untuk beroperasi

Dedah! Lelaki ini dakwa kilang non-essential dapat kelulusan MITI untuk beroperasi

Edisi Dedah #MITI

sesungguhnya kilang mikrochip ****** **** non-essential masih kebal…. apa guna pihak berkuasa seperti #KKM #PDRM buat spot check kalo pihak kilang sudah bersedia dengan arahan kepada pekerja…. dan hasilnya kilang ini kekal dibenarkan beroperasi wlp berstatus non-essential buat microchip jer pun… kilang ini kekal beroperasi meskipun berpuluh pekerjanya disahkan positif Covid-19 dan menjadi Kluster Tempat Kerja…. kerana apa…. kerana MITI memberikan kelulusan…

tak pasti apa pertimbangan KKM dan PDRM ketika lawatan dibuat sebab selagi tiada kematian dalam kilang lagi kot maka kilang boleh beroperasi sebab yang sakit semua duduk hospital sedangkan kilang menjadi lokasi penyebaran wabak Covid-19 di Perak….

memandang segala usaha telah dilakukan namun kilang ini masih kebal hanya tindakan pekerja memboikot tidak mahu bekerja ketika wabak saja yang boleh menyebabkan kilang tutup operasi ketika wabak Covid-19 nie…. dan hasil risikan tindakan ini sukar untuk dilakukan kerana ada pekerja yang takut diambil tindakan oleh pengurusan sepertu diugut untuk dibuang kerja lagi² time Covid-19 nie ramai yqng tiada kerja….

kepada pekerja kilang ****** **** bertabahlah dengan dugaan ini…. kalo buat serba salah… kalo tak buat dipersalahkan…

apalah daya pekerja² selain menurut sajalah arahan pengurusan kilang… jalan untuk demo atau boikot sangat sukar kerana ada pekerja yang berani dan ada yang jugak yang playsafe… lain² kena la pekerja tanggung sendiri… kalo pekerja positif Covid-19 pekerja terpaksa kuarantin tanpa gaji malah lebih teruk kena guna cuti tahunan pulak…. kalo korang atau ahli keluarga mati pun kilang takkan ambik peduli… kilang akan ambik pekerja baru sebagai pengganti korang….

Polis menafikan sebuah kilang menghasilkan komponen semikonduktor di Meru dekat sini beroperasi tanpa surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati premis berkenaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor pengilangan dan pembuatan.

Katanya, operasi bersepadu di premis berkenaan dijalankan bersama MITI Perak dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta.

“Kita maklum mengenai rakaman video dan kenyataan yang dimuat naik di media sosial mengenai operasi kilang itu yang kononnya melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Bagi mengesahkan maklumat itu, kita telah menjalankan pemeriksaan dan mendapati premis berkenaan beroperasi dengan kelulusan MITI serta patuh SOP bagi sektor pengilangan dan pembuatan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, polis akan membuat pemantauan berterusan terhadap kilang-kilang yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan komen tidak benar mahupun tohmahan tidak berasas melalui media sosial yang akan mencetuskan kegusaran masyarakat,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial mengenai pertikaian beberapa pihak yang mendakwa kilang berkenaan masih kebal beroperasi meskipun merekodkan kes positif Covid-19.

Kilang tersebut juga dikatakan tidak sepatutnya beroperasi kerana berada dalam kumpulan perkhidmatan bukan keperluan utama.

Sumber: Kosmo