Datuk Red kini duda, sah bercerai talak satu dengan isteri pertama selepas Adira

Datuk Red kini duda, sah bercerai talak satu dengan isteri pertama selepas Adira

 

Hasrat Datuk Red untuk mempertahankan rumah tangga bersama isteri pertamanya yang dibina sejak 2005 iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim tidak kesampaian selepas perkahwinan mereka bernokhtah dengan talak satu.

Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red, 46, melafazkan talak terhadap Sharifah Norshafila, 38, pada pukul 10.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada Selasa.

Lafaz Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.

Berdasarkan dokumen yang dibacakan peguam Adnan iaitu Muhammad Akmal Amzan, Sharifah juga bersetuju untuk tidak membuat beberapa tuntutan terhadap bekas suaminya.

Antara perjanjian yang dilakukan Sharifah adalah tidak menuntut nafkah idah dan mutaah.

Sebelum lafaz dibacakan, Adnan dan Sharifah atau Datin Red sempat bersalaman dan bermaaf-maafan buat kali terakhir.

Sharifah memfailkan cerai terhadap Adnan pada penghujung Januari lalu.

Sebelum itu, pada 24 April lalu turut menceraikan isteri keduanya yang juga penyanyi Adira.

Untuk rekod, hasil perkahwinan Adnan dan Sharifah mereka dikurniakan lima orang cahaya mata sementara dengan Adira, mereka memperoleh empat orang anak.