Dari rakyat untuk rakyat, betul tapi jangan cakap saja

Dari rakyat untuk rakyat, betul tapi jangan cakap saja

 

1. Betul sangat-sangat slogan Belanjawan 2022 Tengku Zafrul Abdul Aziz iaitu “Dari Rakyat Untuk Rakyat”.

2. Kerajaan kutip cukai daripada rakyat. Tapi tak cukup. Kerajaan jangka kutip RM234 bilion tapi belanja RM332.1 bilion. Tak cukup dengan sebanyak RM98.1 bilion.

3. Jadi kerajaan kena berhutang daripada rakyat dengan menjual Bon Perbendaharaan kepada KWSP, PNB, KWAP dan bank-bank yang semuanya duit rakyat.

4. Nak bayar balik hutang yang kerajaan ambil daripada simpanan rakyat, kerajaan kutip lagi cukai daripada rakyat.

5. Betullah kata Ketua Audit Negara, kerajaan korek lubang untuk tutup lubang. Maksudnya berhutang untuk bayar hutang.

6. Tugas kerajaan yang kita pilih setiap empat atau lima tahun sekali dan kita bayar gaji tidaklah susah sangat. Cuma kerajaan yang ada sejak Mac 2020 bukanlah kerajaan yang kita pilih.

7. Tanggungjawab sesebuah kerajaan adalah memudahkan perniagaan (kegiatan ekonomi) dan membantu golongan yang tidak berdaya dengan cukai yang dikutip.

8. Natijahnya bukan Belanjawan saja daripada rakyat. Kerajaan pun sepatutnya daripada rakyat juga. Cuma buat masa ini, kerajaan bukan daripada rakyat. Ia adalah kerajaan daripada SD.

9. Akhir kata, Belanjawan sahaja tidak bermakna kalau prestasinya (budget performance) tidak cemerlang. Sejak akhir-akhir ini tidak banyak dibentang dan dibahaskan mengenai prestasi Belanjawan.

10. Pasal itulah rasuah, pecah amanah dan penyelewengan mudah berlaku seperti yang kita dengar duit berbilion ringgit dibayar tapi kapal perang tak siap.

Sekian. Terima kasih.