Dari Ipoh ke Selangor, pelajar tersenyum kekasih sanggup hantar pergi sekolah

Dari Ipoh ke Selangor, pelajar tersenyum kekasih sanggup hantar pergi sekolah

 

Sebelum ini, tular sebuah video TikTok memaparkan seorang pelajar perempuan dihantar ke sekolah oleh suaminya di awal pagi sehingga menerima pelbagai reaksi netizen.

Terbaru, seorang lagi pelajar turut menjadi perhatian ramai apabila teman lelakinya seolah-olah bertindak ‘sweet’ dengan menemani remaja perempuan tersebut ke sekolah.

Menerusi akaun TikTok miliknya, @yayaeaa._ memuat naik satu video memaklumkan teman lelakinya sanggup datang dari Ipoh, Perak ke Selangor untuk menghantarnya ke sekolah.

Bukan abang hantar…

Tapi pakwe

Video pendek berdurasi enam saat itu kelihatan @yayaeaa._ tersenyum gembira ketika berada di atas sebuah motosikal sambil dirakam oleh kekasih hatinya.

 

Siap cium tangan

Tidak cukup dengan itu, remaja berkenaan juga dilihat bersalaman mencium tangan lelaki terbabit sebelum melangkah meneruskan ‘perjuangan’ menuntut ilmu di dalam kelas bersama rakan-rakan.

Bagaimanapun, video yang meraih lebih setengah sejuta tontonan itu ditutup ruangan komen daripada menerima sebarang kecaman netizen.