“Dari bulan 7..” – Lelaki cuba nasib hantar DM kat wanita cari jodoh kecewa mesej tak dibalas, malah tak dibaca langsung

“Dari bulan 7..” – Lelaki cuba nasib hantar DM kat wanita cari jodoh kecewa mesej tak dibalas, malah tak dibaca langsung

 

Mengiklankan diri di media sosial dalam usaha mencari pasangan seolah-olah menjadi trend masyarakat masa kini termasuk golongan wanita.

Kebanyakannya akan menyenaraikan kriteria pasangan idaman dan ciri-ciri yang ada pada diri sendiri berserta beberapa gambar dalam hantaran yang dibuat.

Bagaimanapun, sejak Khamis lalu, tular satu tangkap layar perbualan seorang lelaki dengan seorang wanita yang mengiklankan dirinya di laman X.

Hantaran yang dibuat wanita terbabit.

Berdasarkan perkongsian yang dibuat, wanita berkenaan bukan sahaja tidak membalas malah tidak membuka mesej yang dihantar.

“Dari bulan Julai dah DM (direct message). Mungkin sebab aku ni hambar,” ciapnya.

Susulan reaksi yang diterima, lelaki tersebut ‘disekolahkan’ warga maya kerana berpendapat mesej perkenalan yang dihantar seolah-olah pertanyaan seorang polis.

“Bang, jangan terus tanya soalan peribadi… lagi-lagi lokasi orang. Boleh kenalkan diri dulu, baru bertanya.

“Intro je dah turn off bang. Next time boleh kenalkan diri dulu, then proceed la tujuan. Ni masuk-masuk salam terus tanya Perak kat mana.

“Intro pun hambar, kalau aku pun palau (abaikan) macam ni. Tak reti pitch diri sendiri.

Pitch diri sendiri kena proper. Contohnya bermula dengan ‘nama diberi’ kemudian kongsikan sekali link EA form, compile sekali dengan resit zakat. Senaraikan commitment yang ada, kemudian kira pelepasan berapa,” ujar beberapa warga maya.

Menjengah pula ke laman X wanita yang dimaksudkan itu, kebanyakan netizen meninggalkan komen kurang senang terhadapnya.

Pelbagai reaksi diberikan warga maya selepas melihat tangkap layar perbualan

Malah ada yang mendakwa dia sengaja mengiklankan diri seperti itu bagi mendapatkan ‘populariti’ media sosial kerana telah banyak kali melakukannya namun tidak membaca mesej ‘perkenalan’ yang dihantar.

“Dah berapa kali nak promote diri, yang lama pun awak select je.

“Siapalah yang percaya perkara terpaling nak cari jodoh ni, mereka nak publisiti murahan dan dahagakan perhatian je.

“Nak test market ke ni? Nak dapat follower ramai di X dan Instagram.

“Nak test market je ni, kemudian nak pujian dan attention daripada lelaki sampai penuh DM tapi buka pun tak,” ujar beberapa warga maya lagi.