Dapat surat lamaran ‘pak ustaz’ untuk jadi isteri kedua, gadis serik pergi tarawih di masjid

Dapat surat lamaran ‘pak ustaz’ untuk jadi isteri kedua, gadis serik pergi tarawih di masjid

 

Bulan Ramadan bulan yang penuh mulia dan barakah, saat inilah umat Islam akan berpusu melakukan ibadah kerana pahala yang menanti amatlah luar biasa.

Termasuklah dengan golongan perempuan, pada bulan ini ramai yang akan menyertai solat Tarawih secara berjemaah.

Namun begitu bagi gadis bernama Sasa ini, siapa menduga dia telah alami satu kejadian mengejutkan setelah selesai menunaikan ibadah sunat itu di salah sebuah rumah Allah.

Daripada kisah yang dikongsikan, seorang ustaz yang turut sembahyang di lokasi sama terjatuh hati kepada Sasa seterusnya mengirimkan satu surat istimewa melalui pihak ketiga.

Apabila dibuka, Sasa bertambah terkejut kerana Ustaz Zakir telah meluahkan hasrat di hati untuk melamarnya menjadi isteri kedua.

Dengan tidak semena-mena diajak hidup bermadu, Sasa akui merasa takut setelah membaca kandungan surat tulisan tangan berkenaan.

Hal tersebut juga membuatnya serik untuk pergi solat terawih ke sana lagi selepas ini.

“Assalammualaikum, jujur dari awal saya tengok awak solat, hati ini berdebar kencang. Saya tak boleh basa-basi, saya nak meminang awak untuk jadi isteri ke-2 saya. Kemampuan yang saya ada adalah menjadi imam & memperlakukan isteri dengan adil” – Ustaz Zakir Zakaria

tiktok

Sejak dikongsikan ke media TikTok, hantaran Sasa sudah meraih lebih 7 juta jumlah tontonan.

Meskipun merasa terhibur dengan surat lucu tersebut, di sudut lain mereka juga memahami ketakutan yang sedang dialami Sasa.