Dapat cincin emas, wanita belanja lelaki ‘check in’ hotel tapi bila bangun pagi…
Hanya kerana dihadiahkan sebentuk cincin, seorang wanita sanggup belanja lelaki baru dikenalinya menerusi aplikasi ‘dating’ Omi, tidur di hotel.
Lebih menambah kekusutan, wanita itu kini hamil tiga bulan hasil hubungan intim bersama lelaki yang dikenalinya beberapa bulan lalu.
Kisah ini tular selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter di mana wanita tersebut dikatakan mahu menamatkan riwayatnya kerana terlalu buntu.
Dapat cincin emas, belanja ‘check in’ hotel
Berdasarkan cerita wanita itu, dia dan lelaki berkenaan sering berhubung menerusi panggilan video dan mesej sahaja sehinggalah mereka berjumpa selepas tiga hari berkenalan.
Katanya, pada pertemuan kali pertama itu mereka berkongsi wang dan membeli cincin emas RM4,000 sebelum lelaki tersebut memberikan kepadanya.
Sebagai balasan saya peruntukkan wang untuk semua perbelanjaan hari itu. Kami ambil keputusan untuk check in.”
Jelasnya semua belanja termasuklah hotel, makan dan membeli belah ditanggung olehnya kerana lelaki tersebut sudah menghadiahkan cincin emas mahal.
Bangun pagi, hilang…
Dia turut mendedahkan mereka telah melakukan hubungan seks tanpa ‘perlindungan’ ketika berada di hotel tersebut.
Namun, malangnya ketika dia bangun pada pagi keesokan hari lelaki tersebut sudah tiada dan telah membawa lari telefon bimbit serta cincin emas tersebut.
Dear anon. Gila babi scam dia ni. Semua dia dapat, tak keluar duit langsung. Cincin tu pulak dia recycle untuk next victim. Follow up la dengan IO yang siasat kes kau tu. Kalau perlu, upah peguam untuk bantu. pic.twitter.com/Y2Gm3DlLaD
— Abah (@chairman_GLC) September 12, 2022
Dear anon. Seek advice from rescue homes such as Raudhatussakinah. Harap yang baik-baik saja buat kamu anon https://t.co/9eqwPprVQ0
— Abah (@chairman_GLC) September 13, 2022
Lebih mengecewakannya selepas membuat laporan polis, dia dimaklumkan bahawa kes tersebut tidak dapat diambil tindakan lanjut memandangkan tiada unsur paksaan yang berlaku.
Lelaki itu guna nama dan maklumat palsu. Tak ada gambar kerana telefon bimbit kena curi, hanya ada CCTV. Lebih teruk sekarang saya mengandung 3 bulan. Bunuh diri satu-satunya pilihan.”
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai warganet di aplikasi twitter di mana rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap nasib wanita berkenaan.
Sementara itu, ramai yang turut mengambil kesempatan untuk menasihati wanita lain agar lebih berhati-hati dan ambil iktibar daripada kisah ini.