Dapat 9A SPM, Erysha Emyra dedah sebab terpaksa tangguh hasrat sambung belajar

Dapat 9A SPM, Erysha Emyra dedah sebab terpaksa tangguh hasrat sambung belajar

Pelakon drama Aku Bukan Ustazah, Erysha Emyra tak setuju konten tayang keputusan gagal terutamanya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru keluar minggu lalu.

Memetik laporan dari Mstar, Erysha atau nama sebenarnya Nur Erysha Emyra Binti Zakaria, 25 memaklumkan pendidikan amat penting walau dalam peringkat mana pun.

“Saya kurang setuju apabila ada yang buat content tentang kegagalan dalam SPM dan anggap ia tidak penting. Pada peringkat mana sekalipun pendidikan adalah penting. Tak elok nak galakkan orang dengan content sebegitu.

“Dalam lakonan pun saya cuba untuk mengikuti kelas untuk perbaiki hasil kerja. Saya takut untuk rasa terlalu selesa,” ujarnya.

Namun begitu, Erysha yang memperoleh 9A dalam SPM pada tahun 2016 mengakui bahawa ketika ini dia masih lagi menangguhkan pelajaran demi memandangkan sudah menceburi bidang seni dan bergelar pelakon.

Ujarnya, berlakon juga merupakan satu tanggungjawab yang besar dan perlu dilaksanakan sebaiknya.

“Jujur saya katakan sekarang ini untuk sambung belajar saya tangguh dahulu. Apabila sudah bekerja kita ada tanggungjawab yang perlu saya laksanakan.

“Jadi rasanya sekarang ini biarlah saya bekerja dahulu,” katanya.

Dia sama sekali tidak menyokong dengan kenyataan bahawa pendidikan itu suatu perkara yang remeh kerana menimba ilmu tidak perlu mengikut peringkat umur.

Nama anak kepada pelakon senior, Noniswara Baharudin kini sedang berada di kemuncak apabila drama Aku Bukan Ustazah sedang rancak ditayangkan di slot Akasia TV3.

Dia yang bergandingan dengan MK K-Clique mendapat perhatian ramai apabila menjayakan watak Aminah gadis berniqab namun bertindak membukanya dengan baik.