Dakwa ada kalimah Allah pada logo kartun ‘We Bare Bears’, individu ini dibidas netizen

Dakwa ada kalimah Allah pada logo kartun ‘We Bare Bears’, individu ini dibidas netizen

 

Tindakan seorang individu yang cuba membangkitkan isu penyalahgunaan kalimah Allah di media sosial baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi netizen.

Ini berikutan dakwaan yang tular itu ternyata tidak benar dan palsu kerana pakaian Cheetah yang berkolaborasi dengan kartun We Bare Bears hanyaah sekadar huruf biasa, bukannya kalimah Allah seperti yang didakwa.

Terdahulu individu terbabit menyebarkan dakwaan tersebut di Facebook Kuala Terengganu Residen.

“Saya nak bagi tahu semua warga Terengganu. Kalau nak beli baju anak-anak dekat KTCC tu, molek-molek sikit. Ini kena di batang hidung saya sendiri masa beli tak tengok molek tep (tag) di baju.

“Baju ini saya beli dekat KTCC bahagian Pacific. Cuba setmung tengok molek lambang tu, memang betul nama Allah SWT,” katanya yang merujuk kepada perkataan ‘We’ (kami) dalam jenama tersebut.

Di media sosial, netizen membidas individu terbabit yang menganggap dia terkeliru dengan huruf ‘W’ dengan kalimah Allah.

“Dia melawak ke betul-betul ni? Ya Allah, ya Tuhanku. Kurniakan hidayah lapangan hati dan pemikiran mereka ya Allah,” kata netizen.

Untuk pengetahuan, siri animasi We Bare Bears dicipta oleh Daniel Chong untuk Cartoon Network yang mengisahkan tiga beradik beruang yang menetap di San Francisco.

Siri animasi ini berdasarkan komik dalam web Chong dan mula ditayangkan di kaca tv pada 27 Julai 2015.