“Dah tahu tempat kerja, nombor telefon” – Digelar ‘secondhand’, Puteri Sarah berjaya jejak lelaki tulis komen hinaan

“Dah tahu tempat kerja, nombor telefon” – Digelar ‘secondhand’, Puteri Sarah berjaya jejak lelaki tulis komen hinaan

 

Selepas menerima hinaan digelar ‘geng secondhand’, pelakon Puteri Sarah Liyana tidak berdiam diri dan terus mencari individu yang menulis komen berkenaan.

Berjaya mendapatkan nombor telefon lelaki tersebut, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, turut memaklumkan dia sudah mengesan tempat kerja individu dikenali sebagai Afiq Azni itu.

“Mamat Afiq ini mesti tidak pernah kena apa-apa. Sebab itu kurang ajar setiap masa dan dia ingat dia terlepas.

sarah 1

“Di media sosial sahaja berani. Dah tahu tempat kerja dia, dah ada nombor telefon. Ramai sakit hati dengan kau ini,” katanya.

Puteri Sarah berkongsi perkara itu di laman X miliknya berserta tangkap layar akaun milik lelaki berkenaan.

Malah dalam satu hantaran berbeza, Puteri Sarah turun menyarankan agar Afiq tidak diterima bekerja sebagai penghantar makanan.

“Mamat ini dengar kata tengah latihan kerja (di sebuah syarikat penghantaran makanan). Tolong buang staf toksik begini.

“Anda tahu dah viral, tak guna simpan staf toksik begini,” luahnya.

Kemarahan Puteri Sarah bermula apabila individu itu meninggalkan komen negatif pada sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

sarah 3

Komen berbaur hinaan itu juga dianggap keterlaluan kerana menggelarkan dirinya dan pelakon Bella Astillah seolah-olah barangan terpakai.

Puteri Sarah bertindak membalas komen berkenaan namun pemilik akaun tersebut kemudian menyekatnya.