“Dah siap isi borang nikah, sekali mak jawab bapa tak boleh jadi wali, mak dgn bapa tak pernah berkahwin, bapa pula enggan buat akuan sumpah sebab nak jaga aib”

“Dah siap isi borang nikah, sekali mak jawab bapa tak boleh jadi wali, mak dgn bapa tak pernah berkahwin, bapa pula enggan buat akuan sumpah sebab nak jaga aib”

Hasrat murni untuk bernikah di usia 19 tahun bagi seorang wanita ini malah membongkarkan sebuah rahsia besar yang cukup mengejutkan. Selama belasan tahun berlalu, ibu ayahnya tergamak merahsiakan satu hakikat yang sangat perit untuk ditelan secara tiba-tiba.

Mak dengan bapa tak pernah berkahwin…Kau kena pakai wali hakim

Menurut kisah yang didedahkan di FB Puan Ezzya Ezza Ezzyat, Pengasas Rumah Amal Mama Ezzya Baiti Al Jannah, seorang penghuni (di bawah jagaannya) dahulunya pernah mempersiapkan prosedur untuk bernikah. Namun apabila sampai ke bahagian wali, dia baru mengetahui bahawa ibu ayahnya tidak pernah berkahwin sama sekali. Yang lebih mengejutkan, kedua-dua hidup umpama suami isteri sehingga terlanjur mempunyai 6 anak.

Pejabat agama minta bapa buat akuan sumpah, bapa jawab “Mana boleh, aib saya, maruah saya”

Ketika diarah untuk melakukan akuan sumpah supaya anaknya boleh bernikah menggunakan khidmat wali hakim, si ayah sebelum ini enggan berikan kerjasama kerana lebih memikirkan aib diri yang bakal terbongkar. Apabila masalah sebegini tercetus, pejabat agama sendiri pun tidak boleh membantu proses perkahwinan wanita itu.

Dari 1 kelahiran, berjangkit jadi 6…Sama level dengan mak bapa kandungnya juga

Membiarkan kejahilan itu berterusan tanpa rasa insaf, kini anak cucu mereka yang terpaksa menanggung kesan buruk berpanjangan. Tidak dapat menerima takdir, dia akhirnya terjebak dengan pengambilan barang terlarang dan pergaulan bebas sehingga termengandung anak luar nikah berkali-kali persis perbuatan ibu bapanya dahulu.