“Dah report tapi tiada tindakan” – Tadika terkenal didakwa aniaya guru, bertahun tak bayar KWSP?

“Dah report tapi tiada tindakan” – Tadika terkenal didakwa aniaya guru, bertahun tak bayar KWSP?

 

Penyanyi Farez Adnan mendakwa sebuah tadika terkenal tergamak membuat penganiayaan terhadap guru dengan tidak mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama bertahun-tahun.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Farez di laman TikToknya, dia mendakwa anak saudaranya yang bekerja di tadika tersebut sudah membuat laporan polis namun malangnya tiada tindakan yang diambil.

“Korang tahu tak tadika terkenal sekarang aniaya cikgu-cikgu? Korang tahu tak dorang tak bayar KWSP berapa lama dah.

“Saya ada anak buah kerja situ. Dia pun dah buat report polis, ramai dah buat report polis tapi tiada apa-apa tindakan.

“Sekarang ni dah bertahun dorang tak bayar KWSP, lepas itu sekarang ni kesian sebab itu adalah hak mereka cikgu-cikgu, dan juga semua aunty-aunty yang ada kat situ,” dakwanya.

Bagaimanapun, Farez atau nama sebenarnya Muhd Fareezuan Adnan enggan untuk mendedahkan nama tadika tersebut secara umum kepada awam dan mendakwa majikan tadika tersebut terlibat dalam Quantum Metal (QM).

Susulan itu, dia menyeru kepada guru terlibat untuk membuat aduan di pejabat buruh memandangkan mereka berhak untuk mendapatkan caruman KWSP setiap bulan mengikut kadar semasa yang telah ditetapkan.

“Eh korang tahu tak dapat tahu rupanya dia punya bos besar masuk dalam QM lepastu duit tak dapat-dapat, tak tahu lah saya tak tuduh ye.

“Saya tak nak sebut nama penuh tadika, saya sebut BB sahaja ye. Dia aniaya ramai cikgu-cikgu, dengarlah cakap saya ni pergilah pejabat buruh buat report tuntut hak anda,” katanya.

@farezadnanofficial

SIAPA YANG TERLIBAT? Siapa teraniaya juga? Komen dan DM saya please.

♬ original sound – Farez Adnan – Farez Adnan