“Dah 8 tahun aku masih diburu, aku hanya dipergunakan, ingatkan bila dah lari selamat rupanya tidak”

“Dah 8 tahun aku masih diburu, aku hanya dipergunakan, ingatkan bila dah lari selamat rupanya tidak”

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kerana sudi membaca.

Nama aku Shila, bukan nama sebenar. Umur aku kini berusia 31 tahun. Walaupun ada sahaja calon atau mana mana lelaki mendekati aku, aku tidak kahwin kahwin lagi.

Walaupun idea bisnes bagus, tapi tidak berkembang kembang. Sebenarnya, aku takut. Travma yang tidak sudah sudah. Hadiah kasih sayang bekas pasangan aku yang masih menghantui aku.

Ketika aku berusia 23 tahun, aku berkenalan dengan seorang mahasiswa, A, dari uni swasta. Aku projek manager dan dia ialah fasilitator.

Kebetulan aku kena reject dengan seseorang yang aku minat, dia pula gagal “merampas” kekasih orang, terus dia merapati aku. Aku tidak ada masalah untuk berkawan dengan lelaki.

Tetapi, pertama kali aku jumpa lelaki yang setiap hari mencari aku dan melepak dengan aku yang memang tak ramai kawan perempuan kerana aku ini ialah ulat buku. Maka, ramai perempuan mungkin akan rasa agak bosan berkawan aku.

Tetapi A asyik cari aku. Apabila dia takda, aku rasa sunyi. Suatu hari, aku saja ucap rindu kerana dia jauh. Tiba tiba dia ajak aku berpasangan.

Aku cakap, aku tak suka kerana kalau berkawan, mesti diakhiri dengan perkahwinan. Mungkin kami patut berhenti berkomunikasi seketika kerana semuanya mainan perasaan.

Tetapi tiga hari selepas itu, dia melamar aku. Dengan izin bapa aku, aku pun terima. Tapi aku minta dia telefon dan berkenalan dengan bapa aku melalui telefon.

Dan untuk memastikan keberkatan hubungan kami, aku pesan pada dia jangan lupa minta izin mak ayah dia juga.

Kami berpasangan. Paling aku ralat ialah apabila kami menonton wayang bersama, dia mula menyentuh aku. Kerana aku fikir dia bakal suami aku, aku diam sahaja. Sehinggalah kami terlanjur.

Bahkan, lagi aku sakit hati, pernah sekali, dia bereksperiman dengan meletak ubat dalam air aku.

Aku tak tahu apa dia fikir. Aku ingat dia lelaki baik kerana sesiapa sahaja melihat muka dia mesti ingat dia orang baik. Dia tahfiz, mak dia cikgu tadika dan bapa dia pesara askar. Maka, aku tak sangka dia ada sisi lain.

Selepas beberapa bulan, baru aku tahu dia tidak pernah menelefon bapa aku dan bapa aku ternanti nanti lamanya!

Dan, mak ayah dia tak tahu pun kewujudan aku walaupun aku sudah cakap betapa pentingnya hormat dan restu ibu bapa dalam hidup. Tetapi nasi dah jadi bubur, aku berada di sisi dia juga.

Aku bekerja sambilan sambil cuba habiskan degree aku untuk kumpul duit nak kahwin walaupun A tak buat apa apa. Dia pandai berlakon dan acah acah kisah pasal kerja aku.

Kemudian dia minta aku buat macam macam untuk dia seperti assignment dia, teman dia keluar yang hampir setiap hari sampai aku tak ada masa nak belajar. Akhirnya aku terpaksa repeat paper. Memang kecewa.

Tapi A bijak, dia salahkan aku apabila markah dia rendah. Aku ingatkan salah aku. Rupa rupanya dia memang kaki ponteng kelas dan kaki repeat subjek pun!

Pada suatu hari, apabila aku confront dia secara berkias, dia cakap menipu ialah cara untuk nak survive! Terkejut aku! Aku minta putus sebab aku nak fokus belajar. Dia cakap tak boleh, kuasa nak putus ke apa ke, semua di tangan dia.

Kiranya dia memang menipu dan putar belit untuk dapatkan apa yang dia nak. Selepas itu, dia mula makin tunjuk belang apabila berani mengatur jenis kerja apa yang aku boleh kerja selepas grad. Mengalahkan bapa aku pula perangai dia.

Dia tidak kasih aku berniaga tetapi apabila ada untung, dia memang enjoy besar. Yang aku geram apabila seorang customer memasukkan duit ke akaun bank si A, si A pergi makan pizza dan burger hari hari dan tidak bagi duit itu pada aku.

Aku hanya mampu ternganga. Dia akan cakap, aku kaya, so aku tak faham apa dia rasa. Sebenarnya, aku tak kaya, mak bapa aku tak kaya. Tapi dia ingat aku kaya.

Satu hari, aku cakap pada dia, eloknya, keluarga kita bertakruf sebab tak elok tangguh lama lama. Kenal kenalan sahaja, bukan kahwin. Dia macam tak semangat.

Pada hari kejadian, mak ayah aku dah tunggu, mak ayah dia tak muncul. Cancel last minutes. Kesian mak ayah aku. A tak pernah minta maaf.

Lucunya, keluarga A yang nak kenduri kahwin besar besaran walaupun bapa aku cakap RM1000 sahaja sebab kami masih muda dan kena belajar menjana kewangan, elak berhutang.

Kelakuan keluarga A agak pelik. Mungkin bercita cita besar. Tetapi kalau A memang tak mampu nak ada kerja besar dan bergantung pada aku, angan angan itu memang tak ada gunanya. Mak Ayah A tak kenal anak mereka sendiri yang acah acah bagus.

Dan kelakuan A semakin hari semakin kurang ajar dan kasar, katanya sebab dia anak jantan. Aku biarkan dia sebab aku sibuk dengan bisnes kecil aku.

Dia masih ambil duit dari aku dan mak ayah dia. Memang malas bekerja tetapi asyik cakap dia anak jantan. Akhirnya, aku mula berkira duit dengan dia.

Kami asyik bergaduh. Aku halau dia dari hidup aku, dia tak nak pergi. Aku suruh dia balik kampung sebab aku tak nak bayar sewa bilik dia dah, dia tak nak.

A mula fitnah aku pada kawan aku dan dia buru aku sebab dia nak aku balik. Buat kecoh di tempat awam sampai aku murung dan giila sebab tak tahan dengan kelakuan dia. Polis tak nak terima report cover pun dari aku.

Memanglah aku jadi hilang waras. Takut! Lagipun dia memang pernah menc3derakan aku kerana dia tak kasi aku berniaga. Dia tendang aku. Dan, tak pernah minta maaf seolah olah aku layak dipkul. Sedangkan, aku just nak bekerja cari makan.

Apabila ada lelaki mula merisik aku, dia cari lelaki lelaki tu. Paling aku sedih, ada seorang lelaki yang tuduh aku perempuan jahat, penggoda, nak kikis duit sedangkan, aku tak kenal pun lelaki tu. Hahaha!

Dahsyat penangan bekas pasangan aku. Aku pindah lagi jauh dengan saudara mara aku untuk menyorok dan menyihatkan diri.

Apabila aku sihat kembali dan boleh bekerja, aku check email aku. Rupa rupanya dia curi hasil kerja aku dari Google Drive aku kerana dia tahu password.

Kini sudah tahun 2021, dia ada 3 FB akaun. Salah satunya, tempat dia meluah perasaan cakap pasal aku dan asyik respond pada post IG aku.

Apabila aku ada bisnes baru, dia acah acah dia terlibat dengan perniagaan aku dan kononnya sedang bekerjasama membina jenama dengan aku.

Kawan kawan aku yang percaya pada dia, makin percaya yang kononnya kami ada berhubung dari jauh dan bekerjasama.

Aku terpaksa tukar strategi perniagaan aku untuk pastikan dia tak tahu progress bisnes aku. Aku tidak punya online profile untuk bisnes aku, susah nak ke depan sebab asyik takut dia mengganggu aku.

Dia pernah mengganggu aku! Memburu aku. Tahun 2017, aku rajin berniaga di market dan bazar, dia pun muncul di situ. Cuba ganggu aku dan pujuk aku untuk menerima dia kembali. Merata rata dia buru aku.

Kini, aku tetap tak berani nak berniaga ke bazar dan hanya jadi vendor letak barang pada orang lain. Aku risau dia akan buat perangai lama dia kembali.

Paling aku takut, dia pos di FB dia untuk acah acah memujuk aku keluar dari buih keselamatan aku. Aku tidak layan dan terus fokus menjadi vendor.

Cuma, aku terfikir juga masa depan aku, sampai bila hendak hanya menjadi vendor semata dan tidak berkembang?

Aku jujur, memang rindu nak berniaga di bazar, pesta atau punya kedai sendiri di bandar, tapi kalau dia s3rang lagi? Ah!!! Aku buntu.

Lagi aku geram, mak ayah dia tak tahu ke anak dorang macam itu? Pernah saudara mara dia cakap aku jahat nak kahwin, nak bernikah dan ganggu A untuk fokus.

Aku tak kisah sebab setahu aku, aku memang kuat kerja pun. Puas hati aku tinggalkan dia. Aku memang fokus kerja, kumpul mesin dan aset, tapi dia tetap buru aku.

Aku rasa dia sangat hipokrit dan menyusahkan hidup aku. Aku harap pakcik dan makcik dia nampak dari mana datangnya kekayaan bekas pasangan aku dulu. Bukan dari dia tetapi dari aku yang dia hari hari paw.

Aku harap mereka belajar malu dan tidak prejudis kepada perempuan.

Kemudian, aku harap mereka pasang leash pada tengkuk anak saudara dorang agar tak kacau aku dah.

Baru baru ini, memang ada seseorang masuk merisik. Aku masih tak kasi jawapan. – Shila (Bukan nama sebenar)