Dah 8 bulan kahwin, suami kantoi buat servis seks ‘online’

Dah 8 bulan kahwin, suami kantoi buat servis seks ‘online’

 

Zaman sekarang agak sukar mencari pasangan yang betul-betul baik, semua mempunyai rahsia hitam yang tersembunyi kemas.

Apatah lagi jika segalanya terbongkar, segala kebahagiaan yang dibina menjadi sia-sia, begitulah nasib seorang wanita di media sosial ini.

Menerusi Twitter @abudialsagoff, wanita meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui suaminya kantoi menawarkan servis seks di satu aplikasi.

Pada mulanya dia hanya melihat satu mesej dari wanita tapi apabila dibuka aplikasi tersebut, sebenarnya ada banyak mesej belum dibuka.

Malah suaminya itu masuk dalam tiga saluran kumpulan Telegram 18SX.

“Lebih mengejutkan, kelihatan gambar serta video suami bersama beberapa wanita yang berbeza-beza dalam saluran tersebut. Mula-mula saya cuba nafikan. Tapi lepas amati, itu memang suami saya.

“Dari situ saya dapat tahu suami lakukan servis seks melalui Twitter dan Telegram. Betapa luluhnya hati saya ketika itu. Suami yang saya anggap sebagai kawan baik dan saya cintai lakukan perkara seperti ini.

“Kali terakhir dia hantar video adalah sebulan sebelum kahwin. Tidak kira lah perbuatan lama atau tidak, tapi hancur hati saya sebab dia sudah ‘bersama’ dengan perempuan yang berbeza-beza,” luah wanita itu

Disebabkan itu dia terfikir untuk minta dilepaskan, rasa cinta semakin sukar dikembalikan selepas terbongkar segalanya.

Suaminya pernah minta dibimbing tapi agak sukar jika diri sendiri tidak mahu berubah maka dia lihat ini sebagai ujian buat dirinya.

“Saya cuma kesal sebab sedaya upaya saya jaga martabat saya sebagai seorang muslimah sebelum kahwin. Tak layak ke saya untuk dapat suami yang baik?,” ujarnya.

Kepada mereka yang ingin berkahwin, tinggalah tabiat zaman bujang anda sebelum melangkah ke fasa baru kerana ia mungkin akan melukakan pasangan anda.