Dah 18 tahun kahwin tak pernah ada kad nikah, wanita & suami bingung diterjah Jabatan Agama di hotel

Dah 18 tahun kahwin tak pernah ada kad nikah, wanita & suami bingung diterjah Jabatan Agama di hotel

 

Gara-gara tidak mempunyai kad nikah, ramai pasangan suami isteri berdepan detik-detik lucu nyaris ditangkap basah oleh pihak Jabatan Agama yang menjalankan serbuan secara rawak di pusat-pusat penginapan.

Seorang wanita ini juga tidak ketinggalan menghadapi kejadian sama sewaktu menginap di sebuah hotel bertempat di Muar, Johor.

Dalam video yang dikongsikan menerusi akaun TikTok @The Sam’ Family, wanita tersebut dan suaminya bermalam di daerah berkenaan pada atas tujuan meenghadiri undangan ke sebuah majlis kahwin.

Tiba-tiba sekitar jam 9 malam, loceng bilik dibunyikan oleh sekumpulan individu yang disangka mahu memaklumkan tentang masalah tempat parking.

Rupa-rupanya, ia adalah petugas daripada Jabatan Agama yang mahu masuk bagi memeriksa status hubungan mereka.

Oleh kerana tidak mempunyai kad nikah, wanita ini terpaksa menghubungi ibu dan adiknya untuk tolong hantarkan gambar kahwin daripada album-album lama yang tersimpan dalam laci rumah.

Serbuan itu disifatkan sebagai satu pengalaman yang cukup lucu olehnya kerana langsung tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku.

Dikongsikan sejak semalam, video berkenaan sudah meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan daripada netizen.

@thesamsfamily01

kene serbu dgn jabatan agama weiii hahahahha#jabatanagamaislam #muar #jdt #fyp

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)