“Cukuplah, aku pergi dengan kawan-kawan baik aku..” – Khai Bahar jawab tuduhan bercuti dengan rakan sejenis di Pulau Langkawi

“Cukuplah, aku pergi dengan kawan-kawan baik aku..” – Khai Bahar jawab tuduhan bercuti dengan rakan sejenis di Pulau Langkawi

Baru beberapa hari kehilangan ibu tercinta, penyanyi Khai Bahar menerima teguran daripada netizen apabila dia didakwa bergaul dan pergi bercuti di Langkawi dengan rakan-rakannya yang didakwa sebagai suka kaum sejenis.

Teguran untuk Khai

Di TikTok, seorang individu membuat teguran secara terbuka dan memberi nasihat kepada Khai agar tidak bergaul dengan gengnya sendiri yang didakwa sebagai suka kaum sejenis. Individu berkenaan turut mendakwa dia tahu dengan siapa Khai menyambut tahun baru, baru-baru ini.

Berikutan daripada posting tersebut, Khai dilihat tampil membuka mulut. Ujar Khai, dia pergi ke Langkawi bersama kawan baiknya yang sudah dikenali sejak sekian lama. Tambah Khai, mereka bukan sahaja menyambut tahun baru pada waktu itu sebaliknya, menyambut hari ulang tahun kelahiran juga.

Berbicara lebih lanjut, Khai mengakui bahawa sebelum ini dia tidak kisah sekiranya mana-mana individu mahu caci maki dirinya. Cuma, sekarang dia berasa sedih apabila ada pihak mengaitkan teguran tersebut dengan arwah ibunya. Pelantun suara ‘Luluh’ ini berharap netizen berhenti memfitnah dan menjaga aib masing-masing.