“Cubaan yang baik, tapi..” – Dua individu makan tak bayar, dakwa berkawan baik dengan ‘owner’ kedai
Sebuah restoran di SS15, Subang Jaya baru-baru ini menjadi mangsa penipuan dua individu yang berpura-pura berkawan dengan pemiliknya untuk ‘lari’ daripada membayar bil makanan.
Menerusi Facebook rasminya, restoran Seven Kingdoms, ada muat naik foto daripada rakaman CCTV kejadian itu sambil menyeru orang ramai untuk salurkan maklumat mengenai si pelaku.
Gambar tersebut memperlihatkan dua lelaki berjalan melepasi kaunter dan bercakap dengan kakitangan yang menjaga kaunter cashier sebelum keluar tanpa membayar bil.
Dalam salah satu foto, juruwang dilihat menunjukkan kaedah pembayaran kod QR di restoran tersebut, namun dua lelaki itu hanya abaikan dan tidak mahu membayar.
Menurut hantaran yang diberikan, pemiliknya berkata bahawa kejadian itu berlaku pada Selasa (16 Julai) antara 11.30 pagi dan 12.40 tengah hari.
Malah dua individu itu dilihat telah memesan sebaldi bir dan mee kari tetapi tidak membayarnya, kerana mereka mendakwa mereka adalah ‘kawan baik’ pemiliknya.
“Cubaan yang baik, tetapi pemilik (saya) tidak pasti kalau kita pernah bertemu. Jika sesiapa mengenali mereka ini, sila beritahu kami.”
Seven Kingdoms turut menawarkan makanan percuma jika seseorang benar-benar kehabisan wang tetapi menegaskan bahawa bukan dengan cara menipu sebab nampak murah.
Haraplah mereka segera bayar, kalau tak habis kena angkut. Tapi bagi min, kalau lah betul-betul kawan sekalipun, biasanya mereka lagi sokong bisnes dengan membayarnya.