Cuba culik bayi 19 bulan di pasar raya, dua warga asing diberkas

Cuba culik bayi 19 bulan di pasar raya, dua warga asing diberkas

 

Sebentar tadi di ruangan media sosial, telah tular sebuah rakaman berdurasi 27 saat menyaksikan penangkapan dua orang lelaki warga asing di sebuah pasaraya besar terletak di Klang Sentral, Meru, Selangor.

Dalam kejadian itu, mereka dipercayai cuba membawa lari kanak-kanak yang berada di sana namun tidak dapat dipastikan lagi melibatkan angka berapa.

Dalam rakaman tersebut, penangkapan itu juga dilihat oleh ramai pengunjung yang ikut menyaksikannya dari atas dan juga aras sama.

Bersebelahan pihak polis terdapat dua orang wanita yang masing-masingnya sedang menggendong sepasang kanak-kanak lelaki dan juga perempuan.

Hingga saat ini, kenyataan rasmi mengenai motif lanjut jenayah itu masih belum dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa lagi.

Akan tetapi, apa yang berlaku cukup mencetuskan kegusaran orang ramai apalagi mengenangkan jumlah kemasukan warga asing yang kian meningkat di Malaysia sejak akhir-akhir ini.

Menjengah ke ruangan, ramai netizen ikut kesal dengan apa yang berlaku selain berpendapat mungkin mereka ini bergerak di bawah satu kumpulan sindiket.

Bagi membanteras jenayah melibatkan warga asing, netizen juga menyifatkan undang-undang kemasukan orang luar ke dalam Malaysia harus diperketatkan lagi.