Covid-19: Perak catat kes tertinggi

Covid-19: Perak catat kes tertinggi

Malaysia merekodkan kes sembuh Covid-19 iaitu 1,449 kes manakala kes positif baharu mencatatkan 1,638 kes.

Sebanyak tiga kematian direkodkan manakala kes aktif sebanyak 14,432 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 167 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 81 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Perak menjadi negeri tertinggi kes baharu iaitu 494 kes diikuti Selangor, 352 kes dan Sarawak, 290 kes.

“Baki negeri lain merekodkan kes dua angka manakala Putrajaya, tujuh kes; Terengganu, empat kes dan Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Utusan