Cinta tak mengenal usia, wanita kahwin anak angkat sendiri 31 tahun lebih muda

Cinta tak mengenal usia, wanita kahwin anak angkat sendiri 31 tahun lebih muda

 

Seorang wanita Russia menjadi perhatian warga maya gara-gara mengahwini anak angkatnya yang mempunyai jarak usia 31 tahun.

Aisylu Chizhevskaya-Mingalim, 53, yang merupakan pemuzik terkenal di Tatarstan, mengahwini anak angkat yang dikenali sebagai Daniil, 22, pada 20 Oktober lalu.

Perkenalan antara Aisylu dengan Daniil bermula ketika dia mengajar muzik di sebuah rumah anak yatim di Kazan.

Sewaktu itu, Daniil berusia 13 tahun.

Minat kedua-duanya dalam bidang muzik membuatkan hubungan Aisylu dengan Daniil semakin rapat sehingga bertukar menjadi anak dan ibu angkat.

Kedua-duanya kemudian tinggal bersama sekaligus menimbulkan spekulasi mengenai hubungan mereka.

Disebabkan mahu menamatkan khabar angin serta spekulasi, Aisylu bertekad mengahwini Daniil, selepas lapan tahun mengambil lelaki itu sebagai anak angkat.

Aisylu berkata perkahwinan mereka adalah suci dan bukannya didorong hawa nafsu semata-mata.

“Perkahwinan kami berbeza. Ia seperti sebuah keluarga yang bersatu disebabkan kreativiti dan tidak boleh dipisahkan,” ujarnya.