Cikgu SMK berstatus isteri orang anak lima didakwa jalin hubungan dengan pelajar tingkatan 5
Viral di aplikasi X sejak beberapa jam lalu, pengguna akaun @Bellinda mendedahkan tentang perlakuan tidak bermoral seorang guru wanita mendekati adik lelakinya yang masih berada di Tingkatan 5.
Hubungan yang terjalin antara mereka sudah cuba ditepis sekeras-kerasnya, tambah lagi selepas mengenangkan masa depan remaja itu yang bakal menduduki SPM kelak.
Bellinda meluahkan rasa kesal kerana pendidik terbabit yang juga berstatus ibu anak 5 terus mendekati adiknya walaupun pihak keluarga sudah berkali-kali memberikan peringatan.
Laporan polis dan aduan kepada pihak PPD pula nampaknya tidak cukup untuk memberikan pengajaran sehingga dia berani mengulangi perlakuan sama tanpa henti.
Dalam isu ini, Bellinda akui adik lelakinya juga bersalah kerana melayan.
Namun apa yang dikesalkan, seorang cikgu yang seharusnya boleh berfikiran lebih rasional malah melakukan perbuatan sebegini.
Berikut adalah antara tangkap layar perbualan mereka berdua yang berlaku di aplikasi Instagram serta WhatsApp.
Meskipun adiknya sudah tidak memegang telefon, pendidik ini sempat ‘curi-curi’ berjumpa dan membawa pelajar itu ke tempat lain tanpa pengetahuan keluarga.
Dalam pendedahan lain, Bellinda turut memuat naik sebuah rakaman sewaktu adiknya dan guru itu didapati sedang berdua-duaan di kawasan pantai yang cukup sunyi.
Tindakan viral ini menjadi pilihan terakhir keluarga Bellinda untuk mereka membendung gangguan guru itu daripada melarat lebih lama.