Cikgu sedih hanya seorang murid saja hadir kelas tambahan

Cikgu sedih hanya seorang murid saja hadir kelas tambahan
Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai cabaran harus ditempuh dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid.

Luahan sedih guru

Menerusi satu perkongsian seorang remaja di kenali sebagai Ammar, dia telah menyampaikan rasa sedih ibunya yang juga seorang guru apabila niat murni membuat kelas tambahan untuk para pelajarnya tidak dihargai.

Lebih memilukan, guru tersebut siap menyediakan sarapan pagi buat murid-murid namun hanya seorang sahaja yang hadir.

 

Seorang je yang hadir

Menerusi tangkapan skrin yang dimuat naik oleh Ammar, ibunya menulis di status whatsApp memaklumkan sepatutnya kehadiran pelajar adalah seramai 14 orang, tetapi hanya seorang sahaja yang menyertai kelas yang diadakan itu.

“Nanti exam salahkan soalan ramalan..”

Melihat daripada posting yang dibuat pengguna Twitter berkenaan, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan kurang senang dengan sikap sesetengah pelajar yang mengambil mudah usaha yang dilakukan oleh guru mereka.

Mereka juga memberi kata-kata semangat buat guru tersebut dan mendoakan agar pelajar yang hadir menyertai kelas berkenaan mendapat kejayaan dalam peperiksaan yang bakal diduduki.

Kalau cikgu salah, cepat je nak viralkan

Dapat reward makanan pun tak mau datang

Kenapa tergamak buat cikgu macam tu

Kalau tak datang inform la cikgu awal2

Exam esok lusa pun tak nak korban waktu tidur tu

Dah SPM pro max pun malas nak belajar

Semoga yang datang tu lulus cemerlang

Sumber: OMM, Ammar