Cikgu ‘satu tangan’ terharu anak murid hadiahkan jam, gigih usaha pakai sendiri
Seorang guru 1 tangan terharu apabila menerima hadiah daripada anak muridnya seutas jam tangan dan terlihat begitu gembira apabila mendapat pemberian yang cukup bermakna itu.
Walau bagaimanapun, menerusi platform TikTok milik Abdullah Kadir, dia sepertinya mengalami sedikit kesukaran untuk memakai jam terbabit memandangkan hanya mempunyai sebelah tangan sahaja.
Susulan daripada itu, dia telah berusaha dengan mencari inisiatif bagi memudahkan urusannya memakai jam bertali itu tanpa perlu meminta bantuan daripada orang lain.
@abdullahkadir93 Bila anak murid hadiahkan jam pada cikgu yang hanya ada satu tangan #tangansolo #cikgu #oku #kelate #sktu #inspirasi #fypシ゚viral
Dapat dilihat dia telah mengukur dan menampal jam tersebut dengan menggunakan pita lekat sebelum menjahitnya bagi tujuan memudahkan pemakaian jam tangan terbabit.
Selepas melalui beberapa proses, tali jam tersebut sudah berjaya diubahsuai dan Abdullah Kadir berjaya menggunakan jam hadiah daripada muridnya dengan mudah.
Ternyata perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata memuji cara guru uda berkenaan menghargai pemberian anak muridnya sempena hari guru tempoh hari.
Dalam pada itu, mereka turut kagum dengan usaha pendidik tersebut yang menjadikan kekurangan sebagai satu bentuk kelebihan kerana mampu berfikiran kreatif agar boleh menggunakan jam tangan tersebut tanpa bantuan sesiapa.