Cikgu Sains gigih rekod video mengajar, suami pasrah jadi penyangkut skrip
Disebabkan kebanyakan pelajar kurang faham pengajaran sesuatu subjek daripada buku teks, ramai guru yang mengambil inisiatif memudahkan kefahaman anak murid seperti membuat video ringkas.
Siapa sangka, di sebalik video pengajaran yang lengkap dan menarik terdapat pelbagai aksi belakang tabir yang mencuit hati terjadi dalam proses penghasilan sebuah bahan mengajar di rumah.
Menerusi satu video yang tular di aplikasi TikTok, seorang cikgu bernama Yayang Julita sedang membaca teks sebagai persediaan video mengajarnya.
Suami jadi penyangkut skrip
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah kelibat suaminya yang kelihatan pasrah terpaksa merakam perlakuan isteri serta bertindak sebagai ‘penyangkut’ bagi skrip pembelajaran isterinya.
@yayangjulitaaa ibuku adalah guru terniat dan terkreatif😭😂 #cucokcucucimory #PedasnyaNaikLevel #TerimaKasihPahlawanHebatku #fyp #fypシ
Difahamkan lagi, Yayang merupakan seorang guru subjek Sains cuba menjelaskan tentang komposisi udara menerusi video yang dirakam tersebut.
Berkat kesabaran suaminya, video berkenaan berjaya dihasilkan dengan cantik dengan latar belakang yang menarik serta bersesuaian dengan tajuk yang diajar.
@yayangjulitaaa Balas @iam_pe0ple ini bund sedikit cuplikan hasilnya😭#cucokcucucimory #PedasnyaNaikLevel #PedasnyaNaikLevel #fypシ #fyp
Nampak suami macam tertekan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi lucu terhadap perkongsiannya tersebut. Selain itu, mereka turut berseloroh bahawa si suami nampak seperti tertekan dengan muka yang berkerut.
Bagaimanapun, dia sanggup membantu isteri tercinta sedaya upaya yang mungkin.
Definisi cinta sejati
Untung sayang bini
Comel je tengok telatah kedua suami isteri ini! Moga jodoh mereka berkekalan hingga ke akhirat kelak. Amin.
Sumber: BD, TikTok Yayang Julita