“Cikgu dah bagi WhatsApp..” – Tak mampu bayar yuran PIBG anak RM400, penjual sebak TikToker borong semua putu mayam

“Cikgu dah bagi WhatsApp..” – Tak mampu bayar yuran PIBG anak RM400, penjual sebak TikToker borong semua putu mayam

 

Semenjak dua menjak ini, kecoh diperkatakan mengenai perbelanjaan persekolahan yang kian meningkat.

Ibu bapa perlu mengeluarkan wang yang lebih untuk membayar yuran bagi majlis graduasi akhir tahun dan juga yuran PIBG. Bagi sesetengah ibu bapa, yuran ini dianggap sedikit nilainya, namun bagi yang kurang berkemampuan, ia adalah satu bebanan.

Menerusi satu video daripada pengguna TikTok fs79076 yang dikongsikan semula ke X, ia memaparkan kisah sedih seorang penjual putu mayam yang buntu tidak dapat membayar yuran PIBG anaknya bernilai RM400 lebih.

Penjual berkenaan menghidap gout dan dia juga katakan telah berhenti kerja semenjak 10 tahun lalu selepas menghidapi penyakit tersebut.

 

Namun apa yang membuat netizen terharu adalah tindakan influencer TikTok yang memborong kesemua putu mayam penjual berkenaan dan memberikannya secara percuma kepada orang ramai.

Lelaki itu kemudian membayar jumlah wang jualan putu mayam dan memberikan sedekah sehingga RM900 kepada penjual berkenaan hasil kutipan derma daripada netizen.

Niat hari ni meniaga Allah beri abang rezeki. Kita cari pendapatan bukan untuk diri sendiri. Untuk orang-orang yang kita sayang, anak-anak dan isteri kan. 

“Takpe yang penting apa kena terus kuat jangan sedih-sedih,” kata tiktoker tersebut.

Penjual tersebut dilihat menangis terharu dengan situasi itu dan berterima kasih kepada TikToker tersebut yang sudi membantunya.

Video berkenaan ternyata membuatkan rata-rata netizen sebak dan berharap agar urusan penjual berkenaan dipermudahkan.

Pibg

Sebak tengok abang ni. Sampai nangis dia.