“Korang ke pemimpin masa depan negara?” – Cikgu bimbang lihat anak muda terlalu agungkan IShowSpeed

“Korang ke pemimpin masa depan negara?” – Cikgu bimbang lihat anak muda terlalu agungkan IShowSpeed

 

Sehingga saat ini, nama selebriti internet, iShowSpeed terus menjadi trending media sosial susulan jelajah Asia yang melibatkan Thailand, Indonesia, Malaysia dan beberapa negara lain.

Terkenal dengan membuat konten ‘tidak pernah nampak bijak’ seperti; hampir tercekik biji durian, beli jam tiruan di Petaling Street — dia disambut oleh generasi baharu bagaikan seorang hero ternama sampaikan kedai Uncle Roger baru dibuka terpaksa ditutup untuk mengelakkan kekecohan luar kawalan.

Ramai menyatakan influencer dari Amerika itu menunjukkan contoh yang tidak baik kepada anak-anak muda di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, seorang cikgu Bahasa Melayu tampil meluahkan rasa kebimbangannya terhadap generasi baharu.

@cikguanandbm

Jangan terlalu mengagungkan pelakon dan influencer. #fyp #foryoupage #ishowspeed #malaysia #pavilion #pavilionkl #ishow #masyarakat #malay #chinese #indian #hindu #uncleroger #nigelng #tiktokviral #tamil

♬ Sound effects of long beep.(1367478) – pluto

“Saya sangat risau tentang masa hadapan generasi muda, masa hadapan negara kita. Anda ke pemimpin masa hadapan negara?

“Saya mahu beritahu kepada semua generasi baharu yang berada di hadapan kedai Uncle Roger, apa yang anda fikirkan dalam minda anda?

“Dia adalah influencer, apakah sumbangan individu itu kepada masyarakat? Kosong. Apakah sumbangan individu itu kepada negara? Kosong. Apakah sumbangan individu itu kepada kesejahteraan negara dan dunia? Kosong,” tegas Cikgu Anand dalam satu video TikTok.

Menurutnya, masyarakat yang mengagung-agungkan pelakon, hiburan, pelawak komedi adalah masyarakat yang tidak akan maju.

Perkara itu terbukti melalui permerhatiannya terhadap masyarakat India di negara India. Beliau berharap sikap seperti itu tidak dibawa-bawa masuk ke dalam Malaysia.

“Fokus kepada keluarga anda, masa depan anda, faham tak adik-adik?” ujar Cikgu Anand.

Menerusi komen-komen yang dikongsi warganet, ramai yang bersetuju dengan luahan Cikgu Bahasa Melayu itu. Apa yang dilakukan oleh generasi baharu tersebut memalukan imej negara di mata dunia.

Bagaimanapun ramai generasi baharu berpendapat IShowSpeed telahpun membuat ‘sumbangan’ kepada negara — dengan menunjukkan Malaysia kepada 31 juta subscribers YouTube.

Sekaligus ia dapat ‘menarik’ subscribers IShowSpeed untuk datang melancong ke Malaysia pada masa akan datang.

Terdahulu, selain hampir tercekik biji durian, beli jam tiruan di Petaling Street, kagum dengan rasa Burger Ramly, IShowSpeed turut merakam insiden seorang peminat terlibat kemalangan semasa cuba mengejarnya.