Cik B beli kereta mewah Brabus G63 cecah jutaan ringgit, tapi lain pula yang jadi perhatian

Cik B beli kereta mewah Brabus G63 cecah jutaan ringgit, tapi lain pula yang jadi perhatian

 

Anak usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B syukur beli G Wagon Brabus bersempena ulang tahun kelahiran ke-19 yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Pemilik nama Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, dia dapat memiliki kereta mewah tersebut atas berkat doa ibunya selama ini.

Menerusi hantaran dikongsikan di platform TikTok, gadis berusia 19 tahun itu bersyukur dan teruja sewaktu hadir mengambil kunci kereta idaman sambil ditemani ibu serta adik lelakinya, Kacak atau nama penuhnya Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin.

Maklum Cik B, dirinya teruja sewaktu pergi mengambil kereta mewah idamannya berwarna hitam itu sebelum membuka kain yang melitupi kenderaan itu.

“Excited betul nak ambil kereta masa ini. Tapi, cuba korang (pengikut) teka Cik B beli kereta apa? Hehe.

“Sudah tentu, G63 geng!!” maklumnya.

@cikb_havoc

Excited betul nak ambil kereta masani tapi cuba korang teka Cik B beli kereta apa hehe #tiktokmalaysia #cikb #bossb #onthisday #tiktokcreator #fyp #foryoupage #fypシ゚viral #tiktok #foryou #masukberanda #surprise #cars

♬ original sound – Nintendo – Nintendo

@cikb_havoc

Replying to @nb 🏇 it’s definitely G63, gangg!! #tiktokmalaysia #g63 #mercedes #merc #cars #mercedesbenz #mercedesamg #mercedesf1 #cikb #bossb #onthisday #fyp #foryoupage #fypシ゚viral #foryou #surprise #zxycba #tiktok #masukberanda

♬ Redbone (feat. The Notorious B.I.G. & 2Pac) – $TURCK

Cik B berkata, dirinya tidak mungkin akan berjaya memiliki kereta mewah berkenaan jika tanpa sokongan dan dorongan daripada ibunya.

“Bulan Mei ini adalah bulan kelahiran saya iaitu 19 Mei. Jadi, saya beli Brabus Original.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada mama sebab kalau tiada dia bersama saya, saya tidak akan dapat kereta G Wagon Brabus G63 Original ini.

“Terima kasih sangat mama. Sayang mama dan selamat lahir untuk saya,” luahnya.

Sementara itu, usahawan sensasi Datuk Seri Vida atau dikenali Vida meluahkan rasa bangga dan menyifatkan nombor plat CB 111 membawa buat anaknya.

“Cik B beli nombor plat CB. Cik B anak hebat nombor 1, Cik B bisnes nombor 1, Cik B kekayaan nombor 1.

“Mama yang terkejut, ingatkan datang nak dapatkan apa benda tetapi beli kereta sendiri,” kata Vida.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah Cik B dilihat menyilang kaki sebelum memasuki kereta yang baru dibelinya.

Seorang pengguna TikTok tampil perjelas sebab mengapa Cik B tidak masuk seperti kebiasaan.

“Sebab dia mulakan dengan sunnah kanan dahulu. Sebenarnya ramai saha masuk kereta guna kaki kanan cuma tak dirakam,” jelas seorang pengguna.

Rata-rata netizen memuji DSV yang sering menyebut anaknya hebat dalam setiap hantaran seolah-olah ia satu doa hingga dua anaknya berjaya.

“Mama dia selalu cakap anak-anak mama hebat memang jadi hebat dua anaknya. Untung dapat ibu yang selalu mendoakan.

“Sejuk perut DSV mengandungkan CikB dulu. Saya sampai sekarang masih tak mampu bahagiakan ibu bapa.

“Suka sangat cara Datuk Seri Vida cakap dengan anak dia, lembut dan sentiasa mendoakan, boleh praktik dekat anak sendiri,” antara komen pengguna TikTok.