Chopstick: Tun Mahathir silap tetapi tidak salah…

Chopstick: Tun Mahathir silap tetapi tidak salah…

 

CHOPSTIK DAN MASJID CINA, BAHASA ARAB DAN SERBAN.. KESILAPAN TUN MAHATHIR DAN KEBIJAKAN TG NIK AZIZ.. ASHABIYAH BANGSA DAN AGAMA..

Kalau di Malaysia heboh tentang Chopstik..Seminggu ini di Indonesia, Terutama dikalangan Agamawan Takfiri dan penyokongnya disana melempiaskan kemarahan kepada Ketua Turus Angkatan Tentera Darat Indonesia, Dudung Abdul Racman.. Apa kata Dudung.. ?

“Kalau saya berdoa setelah solat, doa saya simpel aja, ya Tuhan pakai bahasa Indonesia saja, karena Tuhan kita bukan orang Arab,”

Punya marah terutama kelompok Pentaksub Habib Rizeq. Seolah olah Menghina bahasa Quran dan Syurga, begitu juga menghina Islam sedangkan memang benar apa yang dikata Dudung. Sepertimana lafaz dalam surah Ibrhahim ayat 4.

وَ مَاۤ اَرۡسَلۡنَا مِنۡ رَّسُوۡلٍ اِلَّا بِلِسَانِ قَوۡمِہٖ لِیُبَیِّنَ لَہُمۡ..

“Kami tidak mengutus seorang Rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka.”

Begitu sinonim Arab itu dengan Islam. Sehingga Tuhan pun mahu di Arabkan. Samalah seperti kalau kita mengkritik pakaian Jubah dan Serban. Pasti ramai Habaib, Kiyai dan para asatizah bingkas marah, mereka menganggap ia penghinaan kepada Sunnah Nabi SAW sedangkan ia Sunnah Jibiliyyah. Abu Jahal dan orang Yahudi juga pakai Jubah zaman Nabi SAW.

Hari ini mereka cuba menjadikan budaya Arab sebagai syariat sepertimana Poligami dan Hamba Sahaya zaman Jahilyyah yang dibenarkan dan diberikan jalan keluar dalam Agama.. Ia bukan Di Syariatkan..

2- CHOPSTIK : TUN MAHATHIR SILAP TETAPI TIDAK SALAH..

Awalnya aku ingatkan, chopstik itu Tun Mahathir menulis dalam Memoirnya tentang sikap orang Cina, sebab aku tengok reaksi di kalangan pemimpin MCA, DAP hatta PKR dari kalangan Cina cukup marah. Sampaikan ada cerdik pandai pemimpin dalam PH pun tumpang sekaki troll Tun Mahathir pasal Chopstik. Kalau yang troll tu di kalangan pemimpin PH, bagi aku rendahnya IQ mereka kerana gagal bertabayyun.

Bila aku bertabayyun, aku tonton klip video temubual Tun Mahathir, rupanya memang moderator jelas bertanyakan perbandingan sikap Masyarakat Cina Indonesia dan Malaysia.

Jadi Tun memberikan jawapan kesukaran untuk masyarakat Cina di Malaysia berubah berbanding Cina di Indonesia berdasarkan komposisi kaum dan sosio budaya, dan akhirnya Tun memberikan contoh sukarnya masyarakat cina berubah seperti makan menggunakan chopstik dan lain lain.

Apa kesilapan Tun? Kesilapan Tun sebab tidak menyentuh titik sentuh yang benar, yakni sekolah venakular sebagaimana sistem di Indonesia hatta Singapura. Sepatutnya inilah masanya Tun sebut tentang sekolah wawasan yang jadi impian dia.

Pada aku, Tun cuba elak sentuh pasal sekolah vernakular. Tapi mengalihkan kepada isu kecil seperti chopstik. Rupanya UMNO dan MCA bijak mainkan sentimen biarpun bagi aku isu kecil.

Tapi itulah gambaran masyarakat Cina hatta Melayu. Begitu tebal sentimen perkauman itu menjadi isu politik. Jangankan sekolah vernakular, Jawi yang diajar hanya 3 muka surat jadi sentimen kaum. Hatta Jubah dan Serban boleh jadi isu Agama seperti mana Ahok Gabenor Jakarta menjadi mangsa kejahatan kelompok Ulama Takfiri seperti Habib Rizieq.

3- TOK GURU NIK AZIZ DAN MASJID CINA..

Aku dari dulu takda masalah dengan sekolah vernakular. Pendirian aku konsisten seperti Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Aada di kalangan pemimpin dan pendokong PH juga anti sekolah vernakular.

Bukan sebab aku sokong sekolah vernakular tetapi sebab meraikan realiti atau Waqi’ kita di Malaysia. Perubahan itu sukar dilakukan disebabkan peredaran masa. Kita bukan lagi duduk di era Sukarno biarpun Lee Kuan Yew. Tun Mahathir tidak salah tetapi bertindak pada waktu yang salah.

Aku suka kebijakan TG Nik Aziz. Dia tidak menganggap perbezaan, budaya itu sebagai ancaman sepertimana kalangan bani Melayu di Malaysia. Tok Guru Nik Aziz selalu menekankan konsep kalimatun Sawaa’, titik persamaan dan konsep “Li Ta’arafu” kenal mengenal.

Sebagai contoh Masjid Cina. Untuk meleraikan rasa takut bangsa Cina kepada Islam, TG Nik Aziz membina masjid dengan reka bentuk dan senibina budaya Cina. Tujuan Tg Nik Aziz dekatkan masyarakat Cina kepada Islam. Itulah kebijakan Tok Guru Nik Aziz hidup dalam pelbagai Budaya dan Agama.

4- BAGAIMANA SOEKARNO MENGUBAH BUDAYA INDONESIA DAN PANCASILA..

Antara kekuatan Indonesia adalah Pancasila. Perlembagaan mereka tidak dibentuk oleh British seperti Malaysia. Mereka telah membina asas mengubah budaya kenegaraannya lebih 70 tahun dulu. Bukan hari ini. Ia mengingatkan aku kepada ucapan Soekarno 60 tahun dulu. Apa kata Soekarno?

“Saudara sebangsa dan setanah air!

Kalau jadi Hindu jangan jadi orang India.

Kalau jadi Islam jangan jadi orang Arab.

Kalau jadi Kristen jangan jadi orang Yahudi.

Tetaplah jadi orang Nusantara. Dengan adat budaya nusantara yang kaya raya ini..

Ingat wahai saudara-saudara!

Musuh yang terberat itu adalah rakyat sendiri.

Rakyat yang mabuk akan budaya luar.

Yang kecanduan agama.

Yang rela membunuh bangsa sendiri…”

Bayangkan kalau ucapan Sukarno itu dilakukan hari ini? Sudah pasti akan bergegar dan berdarah Indonesia. Apapun Sukarno sudah membina asas negaranya sejak setengah abad dulu. Inilah konsep Al Muwathinun, dan ini menyentuh Fiqh al-Muwatanah (Fiqh Kewaganegaraan).

Ipohmali