Chong Yee Fatt ‘pecahkan’ rekod lagi, apa dah jadi dengan bolasepak Perak?

Chong Yee Fatt ‘pecahkan’ rekod lagi, apa dah jadi dengan bolasepak Perak?

Lepas satu-satu rekod dipecahkan sejak Chong Yee Fatt ni ambil alih pasukan Perak FC. 13 tahun tak pernah kalah ditangan Kuala Lumpur. 10 tahun tak pernah kalah ditangan Sabah semua berjaya dipecahkan dengan jayanya. Mungkin lepasni rekod tak pernah turun liga pon berjaya dipecahkan oleh Chong Yee Fatt.

Awal-awal lagi dah bermasalah. Dengan hal logo. Dengan hal pasukan Perak II nak ditutup. Tu belum cerita pasal Jersey tak sampai-sampai lagi. Serba serbi lembab. Gaji pemain tak berbayar 3-4 bulan. Belum cerita hal media tak dibayar sampai terpaksa diam selama 5 hari. Ni cerita hal pasukan dengan prestasi kalah, kalah dan kalah.

Langsung takde semangat untuk berjuang yang ditunjukkan para pemain. Semangat nak menang langsung takde sejak CEO dan Exco terpaling pandai dalam bolasepak ini mengumumkan perletakkan jawatan Mehmet Durakovic.

Bila fans caci keji, mencari sampai ke rumah. Tiba-tiba jadi gangster nak kutip sana sini. Bang, jadi menteri agama pun orang kecam bang. Ini kan kepimpinan bola sepak. Memang orang kecam la kalau kalah je memanjang. Takkan lah kalah pun orang nak puji. Fikir logik la.

Oklah. kalah tapi main lawa boleh terima. Ni main pun macam gampang kalah pulak tu lepastu tak boleh terima kecaman? Elok le lepaskan jawatan ni semua bagile pada yang benar-benar fighter yang boleh terima apa kata penyokong. Bukannya fighter luar padang mengata dalam social media tapi mencari sampai ke rumah. Mengugut untuk diapa apakan. Jenis tak boleh diusik. Lembik. Menggunakan kuasa untuk menegakkan benang yang basah.

Takpelah kita bagilah peluang sampai habis musim ni. Kita tengok sejauh mana perubahan yang mampu dilakukan. Maklumlah. Masa tak banyak. Baru je dapat jadi FC kan. Tak sempat nak buat apa-apa. Tapi bila orang bagi pandangan tu dengarlah. Ambil sebagai pengajaran. Bukannya duk upah gangster pergi kutip sana sini.

*agaknya doa fans Negeri Sembilan kot. Mengata lagi Bola Sepak deme dah mati dulu. Ni sekarang Bola Sepak Perak hampir-hampir nak mati.

#PerakPowerNakMampus
#100TahunKeLembahPenghinaan

Perak Power

Musim ini sahaja 3 pasukan yang lebih 10 tahun tidak menang ke atas Perak, berjaya mengakhiri badi mereka. Tahniah! Hadiah sempena ulangtahun ke-100 bolasepak Perak.

Sabah : 10 tahun ( sejak 9 April 2011)
KL : 11 tahun (sejak 28 Julai 2010)
Penang : 12 tahun (sejak 2 Mei 2009)

Perak the Yob