Tular video Che Ta tayang duit berkepuk tapi ‘kantoi’ ada yang palsu
Tular video Che Ta tayang duit berkepuk tapi ‘kantoi’ ada yang palsu
Semenjak pelakon Rozita Che Wan terpalit dengan isu gagal melangsaikan hutang sehingga RM 1 juta dengan MARA, dirinya kini menjadi tumpuan warganet.
Terkini, Rozita yang cukup mesra dipanggil Che Ta ini ada buat satu kandungan yang telah mencuri tumpuan, video yang menunjukkan dia memegang ‘seikat’ wang kertas RM 100 dan RM 50 itu membuatkan netizen rasa musykil.
@mk_mediia Membalas kepada @pengirandemak #rozitachewan #cheta #tiktoknews #beritatiktok #mkmedia #mkmediamalaysia
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memberikan pandangan sinis terhadap Che Ta dan berseloroh jika duit tersebut adalah duit mainan.
Sekadar info, pihak undang-undang Majlis Rakyat (MARA) dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap Che Ta dan anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, kerana gagal membayar pinjaman hampir RM1 juta sejak tahun 2017.