‘ChairmanGLC’ ditahan kerana ciapan di Twitter tentang peruntukan RM70 juta?

‘ChairmanGLC’ ditahan kerana ciapan di Twitter tentang peruntukan RM70 juta?

Seorang pengguna Twitter yang aktif, yang menggunakan nama Abah@ChairmanGLC telah ditahan oleh polis dan bermalam di lokap Dang Wangi malam tadi kerana ciapannya di Twitter.

Menurut peguam Syahredzan Johan (gambar), beliau ditahan kerana ciapannya di Twitter tentang peruntukan RM70 juta yang dikaitkan dengan pembelian vaksin oleh kerajaan.

“Dapat maklumat bahawa @ChairmanGLC telah ditahan oleh polis dan akan bermalam di lokap Dang Wangi.

“Saya difahamkan beliau ditahan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa perlu) No 2 mengenai ciapan tentang peruntukan RM70 juta.

“Esok permohonan reman. Peguan Rajsurian akan hadir,” tulis Setiausaha Politik Lim Kit Siang itu menerusi Twitternya lewat malam tadi.

Sumber: Malaysiadateline