“Saya yakin Abang Bas tak berniat, cepat sangat berprasangka” – Abby Abadi

Selebriti wanita, Abby Abadi yakin Abang Bas tak berniat seperti digembar-gemburkan di media sosial susulan perkongsian usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida yang memuat naik video mengakui sebak melihat nasib pemuda tersebut.
Dalam komen yang ditinggalkan Abby di posting DSV, dia menyatakan bahawa dirinya mempunyai pendapat yang sama dengan usahawan tersebut berkaitan isu Abang Bas.
Ujarnya, dia yakin bahawa Abang Bas tidak berniat melakukan hal seperti yang didakwa di media sosial, namun ramai pula yang berprasangka buruk terhadapnya.
“Saya yakin Abang Bas tak berniat seperti digembar gemburkan. Cepat sangat sesetengah pihak tu berprasangka,” tulisnya.
Walau bagaimanapun, pemilik nama sebenar, Arbaiyah Abdul Manan berharap Allah S.W.T dapat membantu menyelesaikan kes melibatkan Abang Bas sebaiknya.
Komen yang ditinggalkan oleh Abby Abadi itu telah mendapat respon daripada beberapa warganet yang turut bersetuju dengan pendapat pelakon tersebut.
Terdahulu, Dato Seri Vida telah berkongsi video sambil menangis apabila memberi pendapat bahawa tindakan yang dibuat Abang Bas mungkin tidak berniat jahat susulan melihat daripada gerak badannya yang cukup menyayangi budak-budak.
Dia juga sebagai seorang ibu tersentuh sewaktu melihat Abang Bas meluru memeluk ibunya selepas diikat jamin susulan dua pertuduhan melibatkan dakwaan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.